Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Friday, June 3, 2011

Aku ada kawan mcm ni...??

Aku ada sorang kawan... Lelaki. Hidup dia betul2 hidup seorang
lelaki?... Aku pon naik pening dgr cerita. Kalau x kenal dan x
memahami apa dia rasa mungkin ramai yg kata dia kaki perempuan dan
gila seks. But, bagi aku, kita hidup di dunia very simple... Jangan
kita perasan kita manusia yg sudah dijanjikan syurga sekalipon kita
rasa kita lebih baik dr orang lain... Semua manusia hanya yg sendiri
rasa dan semuanya mencari kebahagiaan.

Member aku ni pernah 5 kali berkahwin. Bercerai 2 kali dan isteri
semasa beliau 3 orang dan dalam masa yg sama sdg bertunang dan masih
mempunyai seorang kekasih spesel. Mendengar cerita dia, aku dpt rasa
dia sedang mencari sesuatu yg belum di temui. Dan, mendengar cerita
dia, sebenarnya dia pernah mengalami kekecewaan yg hanya diri dia
sendiri yang faham dahsyatnya perasaan itu.

Dan, demi kepada takut utk kecewa, kawan aku ni lebih memilih jalan
untuk mengelak menyelami rasa kecewa yg seterusnya dgn memilih utk
mudah berfikir dgn syarat semua tanggungjawab yg di bawahnya dijaga
dan dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Kawan aku ini memang seorang anak yg baik, menjaga segala kepentingan
emak dan ayahnya dan semua isteri2, anak2 dan kekaseih2nya. Berusaha
kuat utk maju ke hadapan bagi kesempurnaan hidup mereka2 yg dia
sayang.

Dalam konteks ini, bagi yang memahami kenapa dia jadi mcm tu sahaja yg
akan faham... Jiwanya berat, dia seorang yg sgt sensitif dan demi rasa
jiwanya yang berat, dia menyembunyikan semua kecewa yang dia pernah
rasa dgn mengambil mudah kecewa hatinya dan mengambil berat utk tidak
kecewakan hati manusia yg dekat dalam hidupnya.

Dan, seperti juga aku, emak bapak dan keluarganya memahami kualiti
yang ada pada diri dia dan menerima dia dengan baik disebabkan mereka
memahami kualiti teragung yg dipunyai dia.

Itu cerita seorang lelaki. Pada aku, lelaki adalah tetap lelaki dan
perempuan tetap kena mempunyai prinsip seorang wanita yang agung iaitu
menjaga maruah wanita yang satu bersesuaian dgn sifat lahiriah seorang
wanita yang penuh kasih sayang dan seorang wanita seharusya kekal dgn
sifat setia demi kepada menjaga kagungan maruah diri kerana dengan
maruah yang tinggi itu akan melahirkan generasi bermaruah.

Dan, aku rasa prinsip hidup aku utk menjaga maruah diri aku yang satu
itu betul. Dan, aku akan kekal dan berusaha untuk menjaga apa yang
selama ini aku jaga...

Dan, 3 orang lelaki yang pernah wujud dlm hati aku, tidak pernah
seorang pon aku gadaikan maruah aku sekalipon mereka itu sebenar2nya
lelaki yg berjaya membuka pintu hati aku.

Dan, bagaimanapon komplikasi yg wujud dlm hubungan aku dan mereka,
tetap mereka aku sanjung kerana mereka tidak pernah cuba mengambil
sesuatu yang aku jaga...

Mereka mempunyai sesuatu kualiti yg dekat dengan jiwa aku dan aku
percaya aku memilih lelaki yang benar utk aku letakkan dalam hati aku.

Mr Respek, itu yang terbaik setakat ini yang begitu dekat dengan jiwa
aku. Bagaimanapon tafsiran manusia lain tentang dia, tetap dia yang
paling memahami aku setakat ini di samping 2 orang yang sebelum. Dan,
sekiranya dia yang terbaik, aku sesungguh hati berdoa kepada Allah
yang satu utk memudahkan segala jalan dan melindungi segala jalan yang
tidak baik.

Semakin hari semakin dekat hati dia dalam hati aku dan semakin
berkembang dan dia lah juga yang pernah wujud dlm mimpi aku ketika di
tanah suci. Moga perasaan kecewa hati aku selama ini akan disembuhkan
dengan jalan yang baik oleh mr respek. Insyaallah.

Note: Mr Respek bukan lelaki dlm cerita di atas. Jgn salah tafsir.

--
Sent from my mobile device

No comments:

Post a Comment