Kita hidup di dunia penuh dengan emosi, ada ketika suka, ada masa
marah, sedih, duka, keliru, geram, dendam, sakit hati dan seketika
kemudian datang gembira dan bermacam lagi rasa kita.
Semuanya untuk apa dan kenapa?...
Sekalipon kita sehabis baik cuba menjadi manusia yg ikhlas tanpa
wasangka, tanpa dendam tanpa sakit hati tetap di pihak yg lain masih
cuba menguji keutuhan hati kita. Untuk apa semua apa yg terjadi.
Adakah kerana kita yg sendiri bersangka kita sudah cukup baik sebagai
manusia...?
Jawapannya hanya Allah swt yg tahu dan hanya DIA yg tahu sebenar2nya
apa di dalam hati kita.
Aku sendiri sebaik2 cara menghindari sesuatu yg negatif dan tidak
baik. Dan, masih banyak yg berlaku di sekeliling yg menuntut sejuta
kesabaran. Aku bersabar dan terus bersabar meletakkan semua harapan
dan harapan kepada Allah yg esa bagi mempermudahkan jalan hidup aku
dan mengelakkan sesuatu yg tidak baik dr berlaku... Hanya kepada Allah
tempat aku memohon segala2nya di samping mempositifkan keadaan
sebaik2nya walaupon ada masa2nya aku agak terkehel...
Ya Allah, kau lkindungi aku dan anak2 aku dan keluarga aku dr semua
kesukaran hidup dan jgn kau timpakan aku dgn dugaan yg berat... Aku
memohon padaMU untuk sinar kebahagiaan untuk kehidupan aku dan
semua... Aminnnnn
Doa aku sekiranya diperkenankan Allah swt utk aku mengambil anak
angkat perempuan, kau perkenankan ya Allah... Mungkin itu yg terbaik
yg boleh menceriakan lagi kehidupan aku bersama keluarga aku
sekarang... Aminnn
--
Sent from my mobile device
No comments:
Post a Comment