Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Tuesday, September 20, 2011

3

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY .
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah
Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan
kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya
tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian
yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam
sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang
asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu
tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan
identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara
inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita.
Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di
malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah
dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu
petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula
oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada
mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan
pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan
seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan
yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah
digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap
ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu
(Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian
nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.
Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan
bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak
menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,
menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan
agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi
yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat
Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu
nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu
Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim
Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti,
orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk
menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab
rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint
John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara
menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan
agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam
daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan
maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut,
atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari
fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara
kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua
tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak
berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan
dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit
pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk
pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara
ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan
akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan
sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari
Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari
ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita
sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah
dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan
kesedihan itu awal kebahagian. Wahai Rabb, tuangkan dalam jiwa yang
bergolak ini kedamaian... Wahai Rabb, tunjukanlah pandangan yang
kebingungan ini kepada cahaya-MU, bimbinglah sesatnya perjalanan ini
ke arah jalan-MU mnuju hidayah-MU!♥♥

--
Sent from my mobile device

No comments:

Post a Comment