Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Tuesday, February 21, 2012

Melayu adalah bangsa karut? Adakah

Bukan hasil tulisan aku, ini aku ciplak dr satu kajian professor sarawak; Sesuatu yang menarik aku baca.

Trend terbaru menunjukkan bahawa tafsiran kedudukan istimewa orang-orang Melayu semakin dilunakkan. Sepanjang sejarah perjuangan politik Melayu selepas merdeka, akan ada dua kelompok Melayu yang bertentangan dari segi ideologi dan orientasi perjuangannya. Kalau ada kelompok-kelompok kanan yang berusaha untuk meMalaysiakan agenda Melayu maka akan timbul kelompok far left yang akan membawa tafsiran yang terlalu keMelayuan yang akhirnya menstabilkan semula isu kedudukan istimewa orang Melayu. Sebelum kemerdekaan, kelunakan IMP telah diimbangkan dengan nasionalisnya UMNO. Kemudian selepas merdeka UMNO telah diimbangkan dengan Parti Negara dan PAS.

Sehingga tahun 1970an, isu ini telah disemak dan imbangkan (check and balance). Tetapi kini seolah-olah tidak ada semak dan imbang menyentuh isu-isu Melayu terutamanya selepas Pilihanraya Umum 1999 apabila bahasa politik sudah ditukarkan kepada bahasa undi. Dalam usaha untuk mengambil hati kelompok kedua dalam masyarakat, maka parti-parti besar Melayu/Islam dalam negara sudah mula takut untuk membicarakan tentang hak Melayu tanpa mengaitkannya dengan hak samarata semua kaum. Walaupun memang itulah yang patut ditekankan dalam Islam dan pembentukan sebuah negara demokrasi tetapi kadangkala dalam keghairahan berpolitik maka timbullah beberapa gagasan yang bercanggah dengan perlembagaan itu sendiri. Isu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri ataupun perlaksanaan sistem meritokrasi adalah gejala yang menghangatkan lagi permintaan yang bukan-bukan dari kaum yang lain. Akhirnya siapa yang hendak menjadi kelompok far left dalam menafsirkan perlembagaan itu supaya
akan berlaku check and balance. Adakah ianya patut diserahkan kepada parti-parti politik yang mana pertimbangan undinya lebih banyak mempengaruhinya berbanding dengan perjuangan agenda Melayu ataupun peranannya perlu diambil alih oleh Sektor Ketiga* orang Melayu, yang merupakan badan-badan gabungan pertubuhan Melayu dan individu. Strategi sebegini telah berjaya dilakukan secara berkesan sepertimana yang dimainkan oleh Suqui iaitu badanbadan gabungan rayuan Cina semasa pilihanraya 1999.

Aspek psycho-social masyarakat Melayu
Dikalangan generasi muda Melayu/Islam sekarang ini, mereka lebih bersikap apologetic dan defensive dalam
mempertahankan haknya. Apabila timbul beberapa gagasan yang mengatakan bahawa dasar-dasar dan agenda Melayu terutamanya dalam Dasar Ekonomi Baru telah mendiskriminasikan kaum-kaum lain, maka kelompok muda yang hilang hujah akan mengiyakan saja pandangan ini. Sikap sebegini timbul kerana kegagalan mereka untuk memahami beberapa peruntukan yang terdapat di dalam perlembagaan dan juga fenomena buta sejarah yang timbul daripada sistem pendidikan yang tidak menekankan kepada aspek-aspek persejarahan. Apa yang perlu dilakukan adalah memberikan pendedahan perlembagaan kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya generasi muda supaya mereka mempunyai pengetahuan dan maklumat lengkap tentang haknya sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Cabaran dari bukan Melayu
Perlaksanaan dasar tentang hak Melayu dan perlaksanaan DEB dalam tahun 1970an sudah tentu membawa perasaan tidak senang kepada bukan Melayu. Kekuatan yang bakal dimiliki oleh orang Melayu dari aspek sosio-ekonomi sudah tentu menjejaskan satu-satunya kekuatan yang dimilikinya. Kerana itu mereka mengambil pendekatan social closure dimana peluang sosial dan ekonomi yang dinikmati mereka ditutup kepada kelompok lain. Ia tidak berlaku dalam bentuk undang-undang, tetapi berlaku dalam bentuk kumpulan. Antara langkah yang dilakukan ialah self declared economic salvation dan juga digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan Cina seperti clan associations, trade guilds, dewan-dewan perniagaan, pertubuhan alumni dan pertubuhan agama. Kelahiran IPTS swasta juga telah menjadi medan untuk menyemarakkan lagi sistem pendidikan Cina di Malaysia. Suasana ini sudah tentu menambahkan jurang dan akhirnya menimbulkan perasaan tidak puashati dikalangan orang Melayu yang merasakan diri mereka sentiasa tertinggal.

No comments:

Post a Comment