Di dalam Al-Quran dan Sunnah, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang kewujudan jin, syaitan, iblis, roh dan ilmu sihir.
Terdapat juga banyak dalil yang menunjukkan tentang merawat diri kita dengan ayat-ayat Al-Quran, dan doa-doa yang diajar oleh Nabi supaya melindungi diri kita dari kejahatan makhluk-makhluk-Nya, termasuklah gangguan jin, syaitan dan iblis.
Rasulullah Saw juga mengajarkan beberapa Surah untuk diamalkan supaya dapat mengelakkan gangguan iblis dan syaitan yang dikenali sebagai RUQYAH
Ruqyah secara biasa adalah jampi-jampi atau mantera.
Ruqyah secara Syariah ( Ruqyah Syariah ) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.
Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadith-hadith Rasulullah Saw yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.
RUQYAH Adalah Wujud DUA Jenisnya
Pertama
~ Ruqyah yang diperbolehkan oleh Syariat Islam iaitu disebut Ruqyah Syariah.
Kedua
~ Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh Syariat Islam, iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan.
Surah Al-Falaq dan An-Naas adalah diantara Surah-Surah yang baik untuk diamalkan yang sudah tentunya tidak bertentangan dengan Syariat Islam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Suka-suka tulis bukan mau nama..
Aku menulis bukan kerna nama...
Thursday, July 5, 2012
Ruqyah
DrSoul's Quotes Collection wrote:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment