::bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan::
Setiap manusia memang ada keinginan untuk berpasangan dan merasai kebahagian.Tapi semua orang juga perlu tahu yang kebahagian tak kan kekal selama-lamanya.Setiap yang bermula pasti ade akhirnya.Setiap yang hidup,pasti akan mati.Dan yang pasti,hanya cinta yang hakiki yang akan kekal abadi.Ini sedikit mukadimah daripada guwa sebelum guwa bawak ang pergi lebih jauh lagi..
Cinta.Ianya bermula dari mata.Kemudian ia turun ke hati.Mula-mula suka.Kemudian bertukar kepada cinta.Dan akhirnya ia akan membawa kepada duka.Jika bukan kerana cinta yang tersekat di tengah jalan,mungkin kematian yang menjemput orang yang dicintai.
Hari ni guwa nak kongsi sedikit dengan ang macam mane kita nak tau pasangan kita betul-betul cinta pada kita atak tak..
Bila seseorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia tak kan mengambil kesempatan untuk memegang tangan pasangannya mahupun melanggar batasan sebagai seorang teman.Ini bermakna, dia sangat menghormati maruah pasangannya sebagai seorang perempuan.
Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia tak kan bawak pasangannya ke hulu ke hilir.Maksudnya,dia nak simpan pasangannya kerana dia tak nak si dia menjadi tumpuan orang ramai.Biar tak berjumpa,tapi tetap ada di hati.
Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia akan sanggup berhabis apa sahaja untuk pasangannya.Duit,masa dan tenaga tidak setanding dengan cinta yang dicipta bersama-sama.
Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia akan mencari agama dan cuba untuk memperbaiki diri.Ini menandakan yang lelaki ini begitu serius dan ingin berikan yang terbaik kepada pasangannya.Bukan hanya di dunia,malah di akhirat.
Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia akan sentiasa menasihati dan ingatkan pasangannya.Bukan bermakna dia nak mengongkong pasangannya,dia cuma nak lihat pasangannya bahagia di akhirat sane.
Bila seorang lelaki mencinta seorang perempuan,dia akan berjanji untuk tidak membiarkan pasangannya tunggu terlalu lama.Dia akan berusaha mencari jalan untuk menjadikan perempuan itu halal untuk dirinya..tunggu saya ye awk =)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
wah.bangga2 =)
ReplyDelete