1) Suami minta izin nak kawin lagi. Tapi sebenarnya dia tak mampu. Nafkah memang dia tak pernah bagi. Perbelanjaan harian memang kami berkongsi.
2) Saya minta di lepaskan klo dia betul2 nak kawin lagi, tapi suami tak nak lepaskan.
3) Kalau berpisah, saya kasihankan anak2. DIA duga saya dalam masa yg sama DIA bagi saya rezeki. Saya skang sedang sarat hamil anak ke 3.
4) Kenapa seorang wanita sanggup menghancurkan hati kaumnya sendir biarpun dia tahu suami org tu memang tak mampu nak berpoligami?
Kisahnya berlaku thn lepas dlm bulan nov, suami saya minta izin utk kawin lagi. Tapi sebenarnya dia tak mampu. Nafkah memang dia tak pernah bagi walaupon saya bekerja. Perbelanjaan harian memang kami kongsi bersama. Bayangkanlah di saat2 saya nak sambut anniversary, suami minta izin nak kawin lagi. Betapa luluh hati saya. Suami ada cerita, pompuan ni memang dah lama menaruh hati kat dia. Dua kali suami saya tolak pompuan ni, tapi kali ke3 dah tak boleh tolak. Betapa kejamnya perempuan ni kerana sanggup menyakiti hati kaum sejenisnya. Dah tau suami org tapi tetap nak juga...katanya ini soal hati dan perasaan. Tapi mcm mana pulak hati saya sebagai seorang isteri? Both of them are selfish.
Saya ada cuba ubatkan suami, katanya memang suami dah terkena...saya sebagai seorang isteri hanya mampu berusaha dan berdoa. Tapi nampaknya pompuan tu dah menguasai suami saya. Pagi ni suami saya persoalkan lagi pasal dia nak kawin lain. Dia tanya susah ker nak terima pompuan tu...betapa selfish nya org lelaki nih kan. Suami saya ego...tak mampu tapi masih nak kawin.
Dugaan saya bukan setakat itu jer. DIA uji saya dalam masa yang sama dia bagi saya rezeki...saya sedang sarat hamil anak yg ketiga. Tapi sambutan utk sambut org baru adalah hambar. Suami lebih fikirkan nak kawin lain. Hancur...luluh rasanya hati. Fikiran saya buntu. Dia suruh saya kenal dgn pompuan tu. Saya cakap saya akan jumpa dia tapi lepas saya bersalin. Tapi nampaknya saya terpaksa jumpa ASAP.
Saya buntu, tak tau nak buat apa. Saya memang tak sanggup nak bermadu. Iman saya tak cukup kuat dan tinggi utk tanggung semua nih, tapi anak2 macam mana? Klo saya setuju, tapi saya tak redha dan saya terima dia demi anak2...saya pon berdosa. Saya tak nak tanggung dosa.
Saya minta di lepaskan, tapi dia pernah ckp dia takkan lepaskan saya. Apa yg perlu saya buat? BERCERAI atau BERMADU tanpa rela.
Tolong kawan2.
Jawab:
1. Assalam... tertarik untuk memberi pendapat kepada saudari yg membuka topik ini. Pandangan peribadi saya,sekiranya puan merasakan suami puan tidak mampu,puan boleh untuk tidak bersetuju dgn poligami ini. Saya sesekali tidak bersetuju berkaitan dgn guna2 yg puan rasa suami telah dikuasai oleh kekasihnya. Ini adalah kerana sepasang kekasih akan mula lupa diri dan tanggungjawab apabila becinta lebih2 lagi bila melibatkan suami org. Semuanya indah dan masa itu lah suami kita cukup romantik bila bersama kekasihnya. Pengalaman saya,saya kini adalah isteri kedua. Masa kami bercinta lagi,suami saya memang selalu mengambil berat berkaitan keluarga. Pada mulanya saya merasakan tentu suami saya akan melebihkan saya kerana status kekasih tetapi suami akan utamakan keluarganya terlebih dahulu berbanding saya. Sebelum mereka berkahwin,puan boleh berusaha dn berdoa pada Allah tapi jika jodoh mereka telah sampai,puan kena terima perkahwinan itu kerana menolak bermakna puan menolak ketentuan Qada N Qadar. Sekiranya suami mengambil tindakan berkahwin di sempadan,anggaplah jodoh mereka kuat dan puan jgn berhenti berdoa pada Allah semoga memberi yang terbaik pada puan dan
2. Puan...
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang dilakukannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dilakukannya. S.albaqarah, ayat 286..
Sama ada perempuan itu dan suami puan kejam, selfish dan sebagainya, Allah akan tetap memberi balasannya.. Selama mana puan bersabar Allah pasti memberikan ganjarannya..
Jika Allah menimpa sesuatu mudharat kepada kamu maka tidak ada yang dapat menghalangnya kecuali DIA, dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagimu maka tidak ada yang dapat menghalang limpah kurniaNya. Dia memberi kebaikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambanya, dan dia Maha Ghafur (pengampun) dan Maha Rahim (penyayang). S.yunus ayat 107..
Puan..
Pada saat ini, jika puan masih satu-satunya isteri kepada suami puan, puan tenangkanlah fikiran. Yakinlah, puan adalah wanita terbaik yang Allah s.w.t tetapkan buat suami puan. Tidak ada wanita lain yang berhak menggoyahkan keyakinan puan selama mana puan masih satu-satunya isteri kepada suami puan. Jangan sesekali berasa kalah, tunduk dan menyerah pada wanita yang hanya berstatus sebagai kekaih sedangkan ikatan akad nikah yang terjalin antara puan dan suami adalah ikatan yang mulia lagi diredhai Allah..
Sama ada poligami akan datang atau tidak dalam kehidupan puan, puan serahkanlah kepada Allah s.w.t..
Melihatkan rungutan yang puan sibuk, tak sempat nak masak, mungkin sahaja poligami dapat menyelesaikan masalah puan.. Saya syor puan tenangkan fikiran, selak-selak topik poligami yang terlalu banyak di halaqah ni, moga jadi panduan buat puan..
Tak mustahil ya puan masih ada anak dara yang berkenan dengan suami puan yang baru ada anak 2 nak masuk 3 sebab ayah saya juga bertemu jodohnya yang kedua dengan anak dara setelah punya anak 8.. Sebab itulah saya pernah menulis, selama mana masih ada wanita yang belum berkhawin, selagi itulah ada kemungkinan poligami hadir dalam hidup kita..
Kita boleh doa, doa dan doa lagi.. Solat hajat sungguh2, kalau ada rezeki pi baitullah doa lagi sungguh2 supaya dijauhkan dari poligami yang mana kita rasa kita tak mampu nak hadapi.. Tapi yakin ya puan, Allah s.w.t sentiasa tahu apa yang terbaik buat kita..
Seperti kata puan cokodok, hak suami masih belum tertunai walaupun kita jilat nanah yang mengalir di wajah suami..
Hadith yang selalu kita dengar,
rasulullah s.a.w bersabda, 'seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada seseorang, nescaya aku akan menyuruh isteri untuk sujud kepada suaminya' HR ibnu majah, hakim dan at-tirmizi..
Ini kerana besarnya hak suami itu kepada isterinya (petikan kitab ad-deenul an-nasihah, habib abdullah alawi al-hadad)
jadi syor saya.. Puan tenangkan fikiran.. Ingat Allah selalu. Allah itu sayangkan puan 70x ganda dari puan sayang kat anak puan.. Kalu puan rasa susah hati anak2 terabai, Allah s.w.t tak pernah 1 saat pun abaikan puan..
Setiap ujian yang datang tanda betapa kasihnya Allah s.w.t kat kita.. Makin kita sabar, makin banyak ganjaran yang kita dapat..
Dari Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya. HR Bukhari. (petikan kitab muntakhab ahadith, bab ikramul muslimin, kedudukan seorang muslim)
nah! Setiap ganjaranNya diberi khas buat puan yang amat dikasihiNya.. HambaNya yang terpilih untuk melalui ujian ini.. Ujian yang Dia yakin puan mampu menempuhinya..
Bersabar ya puan..
Wallahua'lam.
3.
Buakan sebab nafkah saja, byk sbb sebenarnya. Boleh ker seorang suami yg nak berpoligami hanya menurut kata hati? Dia yakin pompuan tu dah di tentukan utk dia. Sedangkan dia sendiri tak pernah solat 5 waktu kecuali solat jumaat? Apatah lagi utk buat solat hajat...istikharah minta petunjuk?
Berkuasa menanggung nafkah. Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."
Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.
Kesimpulan dari maksud kemampuan secara zahir ialah;
i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.
ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.
iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.
iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.
v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.
Sebagai suami, dia patut nilai isteri dia samada sudah mampukah dia menggalas satu bebanan perasaan dan satu tugas yang besar..bukan mudah seorang isteri untuk diduakan..jika tidak tidak akan dijanjikan ganjaran yang hebat oleh Allah melainkan dia perlu menghadapi dugaan yang maha hebat..berperang dengan perasaan,berperang dengan syaitan yang sentiasa berbisik dihatinya..wahai suami..jika terlihat olehmu bahawa isterimu tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab itu,jgn lah kamu paksa mereka demi kehendakmu dan kehendak pasanganmu yang akan kamu nikahi..selamatkan isterimu itu dr menjadi ahli neraka hanya kerana ingkar dengan mu kerana dia tidak mampu untuk melawan dugaan yang hadir..jd para suami,keputusan untuk memadukan isterimu adalah ditangan mu kerana itu adalah hak mu..tapi tanyalah diri terlebih dahulu adakah kamu telah adil dengan isterimu walaupun kamu masih belum berkahwin dengan seorang lagi..
sedangkan Aisyah r.a. berasa cemburu dengan Khadijah r.a… inikan pula kami yang jauh lebih rendah martabatnya..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment