10 april 2013... dah 1 tahun 8 bulan aku berbulan madu. Apa aku xkena sepanjang tempoh ni... macam2.
Aku tau dan aku sedar setiap apa yg laki aku buat semua utk aku. Biar dia kena mcm2 tetap dia pertahankan aku.
Kalau org tanya kenapa dan apa sebab aku boleh bertahan sampai saat ni walau aku kena mcm2 dgn pihak laki aku xkisah bini dia yg sana atau famili adek beradek laki aku, hanya aku je tahu apa jawapan. Macamana pon dia kena teruk dan aku faham dgn jelas semua dipihak dia nak dia tinggalkan aku tetap dia seolah buang segala2nya demi pertahankan aku.
Tiba masa kdg2 aku rasa sangat xboleh tengok apa dia buat utk pertahankan aku dan aku minta izin dgn berbagai helah utk dilepaskan tetap dia pusing utk mempertahankan aku.
Aku faham dan aku sgt jelas utk semua hal yg laki aku hadap dan usaha utk tingkatkan kualiti hidup kami bersama. Cumanya siapa mampu tengok bila org yg sanggup berkorban segala2nya yg mempertahankan org yg dia sayang kena mcm2 dgn famili sendiri. Siapa sanggup tengok. Sejelas2nya aku tak sanggup tengok semua apa yg dihadapi laki aku.
Kalau aku cakap perasaan sebenar apa aku rasa siapa nak percaya. Sedangkan dgr benda yg kecil org kutuk laki aku pon aku jadi sedih dan nak marah ini kan tengom perkara yg mcm2 depan mata. Siapa boleh tahan. Aku sedih...
Dan aku bersyukur utk semua keluarga aku mak bapak adek beradik dan anak2 aku yg faham insan yg paling aku sayang yg berkorban dgn aku bermcm2 dan dapat diterima baik oleh mereka. Tak ada seorang pon yg menolak laki aku.
Aku belum cukup sempurna sbg isteri dan sepanjang menikah aku dah lebih menjadi isteri yg baik utk laki aku masa ke masa. Aku sentiasa berharap utk aku menjadi lebih baik dan sempurna utk seorang lelaki yg sangat menyanyangi aku luar dalam biar apa pon dugaan yang dia tempoh. Tetap mengutamakan aku dan melindungi aku dalam semua perkara.
Aku seharusnya kena lebih bersyukur kerana mendapat jodoh kali ke 2 dengan insan mulia ini.
I love u my sarudin muahs muahs. Love u so much. Maafkan untuk semua salah dan silap saya selama ini sbb saya xmampu tengok suami yg saya sayang kena mcm2 dan dihina berbagai2. Hati saya yg sedih buat saya cuba utk betulkan apa yg org lain rasa suami saya buat benda yg salah. Hakikatnya mungkin itu bukan cara yg betul utk bahagiakan suami saya. Saya sedar kebahagiaan sebenar utk membahgiakan suami saya adalah kesabaran saya dan keunggulan sifat semulajadi saya yg sentiasa ada utk masa susah dan senang suami saya dan sentiasa menerima apa cubaan dan dugaan dengan tenang. Saya faham itu yang dimaksudkan oleh suami saya bila sentiasa mengingatkan saya utk "yang penting isteri saya yang ini ok dan senyum senyum senyum.... haaa mcm tu. Senyum lagi"... saya faham maksud itu tp siapa saya utk sabar dgn keadaan yg kdg2 xdpt saya terima dgn akal sedeh saya.
Saya sayang sarudin muahs muahs saya till jannah. Insyaallah.

No comments:
Post a Comment