Satu kisah masa aku dlm umur 5-6 tahun masa tu duduk Sg Dua, Butterworth, aku tiba2 plan nak p kedai bapak kt Penang(Pulau). Pesepa aku plan mcm tu pon aku xingat tp mmg aku betoi2 plan nak pi kedai bapak. Xajak abang tp aku ajak amrin anak pak hashim dan mak aisyah jiran sebelah rumah. Mmg masa tu rasa best punya plan la. Aku mmg perangai gila dan pelik apa aku nak buat aku buat je. So berbekalkan coqkodok dan air oren aku pon mulakan ekpedisi ke penang secara berjalan kaki. Aku rasa masa tu dlm pukul 3-4 ptg camtu. Aku mmg jenis cepat cam jalan masa kecik2. Berjalan lah aku dengan amrin sambil sembang dan sambil makan coqkodok. Jauh jugak la berjalan. Tempat tu la ni kawasan tumpuan org makan char kueytiaw la punya jauh aku berjalan. Nak jd cerita dok syok berjalan xsabaq nak naik ferri tiba2 coih bapak aku depan muka aku naik moto. Bapak aku muka naek heran tanya aku nak pi mana, aku kata aku nak pi kt bapak. Dengan cepat bapak angkat aku dan amrin naik moto teruih balik rumah. Sampai ja rumah aku jadi naek heran sebab bapak kalut panggil mak. Masa tu kepala otak budak aku dok ingat bapak panggil mak sebab nak suruh siap nak keluar makan ayam, marrybrown ka a&w ka xingat mana satu. Bukan kfc sbb kfc aku dah darjah baru ada kt penang. aku pon syok la xmasuk rumah tunggu kt luaq ja nak makan ayam goreng katakan gelak sakan la. Kt dlm rumah aku dgr bapak sora kuat marah mak. Mak pesen sendu2 je xkan bersuara. Bapak marah mak teruk aku dgr. Aiittttt awat mak kena marah. Otak budak aku pikiaq sbb mak xmau pi makan ayam ler tu mak kena marah sebab mak mmg xmakan ayam. Aku yg kt luaq jd kesian kat mak sbb kena marah sbb xmau ikut maka aku pon cm biasa la nak jd hero selamatkan mak jgn kena marah. Aku pon masuk dlm nak habaq kt bapak xpayah pi makan ayam, kita makan mee rebus tokwan pon ok aku nak habaq... pala pikiaq nak makan je almaklum la letih jalan kaki tadi jauh kot mesti lapaq. Maka masuk lah aku dengan kaki kiri aku pikiaq, sampai dkt bapak, bapak tgk aku piaaapppppp aku kena tibai kt kaki. Naek heran la aku pesepa aku kena piappppp padahal aku mmg nak ikut bapak makan ayam goreng. Entah apa2 je kan pala hotak aku pikiaq padahal bapak xkata pon lagi nak keluaq makan ayam...🤣🤣Byk kali pulak tu. aku jenis ketegaq sekali kena piappp sebab aku xpaham aku xgheyau sbb aku heran pesepa aku kena tibai. Dok tahan je sakit xgheyau tiba2 abang masuk, aku rasa xmau bg abg masuk sbb masa tu pala aku dok ingat abg pulak nak selamat aku satgi xpasai abg kena piapppp jugak teruih aku gheyau kuat2 sbb xmau bg abg masuk dlm rumah. Aku kalau dah start gheyau jd mcm org gila aku gheyau campoq buat perangai saja nak bg panas bapak.... kehkehkeh. Aku gheyau kuat2 sangat kuat2. Bapak suruh diam mmg jenis perangai aku kalau bapak yg suruh diam lagi aku buat kuat xtau apa perangai aku asal bapak suruh diam je lagi aku buat kuat sira gheyau. Paihtu mak dukung aku konon2 boh ubat kt bapak tibai tadi. Xdak kesan pon bapak kalau tibai aku bukan mcm tibai abang aku. Xsakit pon sebenarnya cumanya saja protes. Dah boh ubat rasa ok dah xnangis dah teruih keluaq dr rumah ragaih pokok nangka depan rumah pulak ajak amrin ragaih sekali sbb nak sembang next plan nak pi kedai bapak. Kiranya dok pikiaq plan hari ni xjd la sbb xdan sampai. Tgah syok plan bapak keluaq dia dgr punya syok aku plan nak pi kedai bapak. Bapak cempong aku turun pokok bapak patah ranting pokok nangka tu bapak tiba lagi kaki aku. Masa ni aku heran pesepa bapak tibai aku pulak. Oooooo sebab aku ragaih pokok mungkin sbb aku pernah dgr bapak xbg aku jd perangai mcm jantan ragaih pokok sbb aku pompuan. Kali ni bapak dan tibai aku sekali je sebab aku lari laju2 pi rumah tokcik timah. Kihkihkih... aku dok rumah tokciktimah sampai malam sampai tetidoq rumah tokcik la mandi ptg pon kt rumah tokcik, baju tokcik p ambik kt rumah mak la kot. Malam abg mai panggil kata bapak nak bawak keluaq makan. Dengan mamai2 laju2 aku lari masuk kereta dr petang tunggu nak makan ayam kan. Aku ni pesen mudah lupa kalau kena tibai ka kena marah ka mudah je aku xingat boleh gelak kuat2 balik. Malam tu bapak bawak pi emporium(shopping centre kt jeti bagan masa ni hot giler lah, kalau nak naik ferri sambil tgu naik ferri mesti masuk emporium dulu masa ni)... ok abes semua cerita pi emporium makan satey xjadi makan atam sbb dah malam satey je la bukak. Bapak mmg suka bawak makan satey kalau bukan padang kota kt kedai makan area pantai bersih. Dulu pantai bersih byk kedai makan seingat aku la. Dulu ada pasar malam area pantai bersih ni la ni xtau ada lagi ka pasar malam pantai bersih ni. Lama xpi area situ.
Ok abes dah cerita pasal hari tu punya kejadian, dah balik rumah mesti la tidoq dlm kereta kan dan bapak la angkat aku bawak masuk rumah. Bapak pesen bila anak2 tidoq lepas dia lek2 tgk tv ka makan ka mandi ka mesti dia masuk bilik balik tgk anak2 dia. Aku masa kecik mmg boleh tau dan boleh rasa bapak ni dia sayang sungguh kat anak2 dia sbb aku pesen asal malam ja pesen tgu sampai bapak balik diam2 mak pon xtau aku rasa. Bila dgr ja bunyi moto ka kereta ka meeti hati aku lega sbb bapak balik dah. Bapak bukak kedai makan dkt penang mmg selalu balik lambat paling awal 12 malam la. Aku mesti akan tersedaq punya kalau bapak balik. Sebab apa aku tgu bapak balik, sebab aku rasa bonding aku kuat dgn bapak bukan mak sbb mak perangai lembut mcm abg dan adik dan aku perangai teruk suka bebai suka merajuk suka buat benda merepek dan perangai bukan2 dan bapak xberapa ada masa dok rumah dan masa bapak balik la bapak akan masuk bilik kami masa kami tidoq bapak akan check buku sekolah dan paling best bapak suka ciom dahi kami. Bapak ingat aku xsedaq ler tu. aku sedaq kot. Dan nak cerita kenapa aku pandai dan rajin belajar sbb bapak suka check buku lepas balik kerja dan bapak suka tambah bintang bila latihan sekolah aku ada bintang. Aku suka bintang byk... haha. Aku rasa abang aku pon xtau ni bapak suka tambah bintang dkt latihan sekolah masa kecik2. Sebab aku suka bapak tambah bintang lah aku jd rajin belajaq dan sedia2 pulon nak bg dpt byk bintang.
Aku jenis anak yg ketegaq, xmanja suka tunjuk kuat so benda2 mcm ni mmg bg kesan dkt aku. Yg manja dgn bapak dan mak adik aku bukan aku sbb aku jenis suka buat hal sendiri. Kawan terbaik aku masa ni abang aku. Main bola petang2 dkt klinik aku geng dgn abang, amrin, abgdi, kawan2 abg aku yg lain helmi, farid, anak pakdin kedai apa nama tah lupa. Selalu aku sorang ja pompuan. Aktiviti dgn abg byk cari lidi enau nak buat mengaji, tangkap ikan puyu kt longkang depan rumah, ehhhh banyak sgt aktiviti aku dgn abg masa tu mmg abg aku budak paling nakal kawasan perumahan tu masa tu sapa berani kacau adek2 dia dr penang bawak ke yan xdak sapa berani kacau adik2 dia sbb perangai abg pon teruk ala2 gengster... gengster sendu sbb abang pon manja dgn mak seropa pazilah...kihkihkih. Aku ja ala2 macho sentiasa tara pa pa yeay...Dan dlm adek beradik aku, mmg aku la paling ketegaq keras kepala dan segalanya. Gelak paling kuat itu aku lah, gelak apa pon xtah tp aku mmg pesen boleh senang gembira suka sedeh gheyau pon aku paling kuat. Aku suka buat apa aku nak buat xkisah apa org kata dan sampai tua perangai aku lagu tu.
Cerita aku ni aku tulis sini sbb aku rindu bapak dan apa yg tinggal yg boleh buat aku gembira hanya kenangan2 mcm ni. So aku tulis lah sini... tu je pon. Kalau panjang xyah baca biar je dok sini janji aku happy boleh tulis kenangan aku dan bapak. Byk lagi perangai aku yg buat mak bapak pening dgn aku. Later2 kalau rindu depa aku tulis lagi..
Sekian
FMG
No comments:
Post a Comment