Hari ni hari ke-2 aku pergi hantar Aiman sekolah pagi2. Kelam kabut betul.
Pagi, alarm bunyi kul 5.30, but snoozing 5 menet, 5 menet. :((...pemalas tu sedap lagi tidoq walau tau satgi kelam kabut)...hihi. Kiranya dlm 5.40 baru sendiri terkejut jaga. Aku gi dapur dulu, dan hari ni aku buat sandwich sardin untuk bebudak tu... Aku hancurkan ikan, potong bawang, campur dan panaskan dalam microwave. Lepas tu, aku masuk bilik kejut Aiman dulu untuk mandi dan aku mandi. Bila dah sudah mandi, aku kejut Afif. Kejut Afif lambt sikit sebab Afif kaki mengantuk. Malam pon dia suka tidor lambat. Masa tu kita suruh tido, masa tu la dia teringat nak buat macam-macam...:))
Bila dah siap mandi, sementara tunggu azan subuh aku g dapur semula... tengok apa yang patut dan bunyi azan sembahyang la...
Bila aku dah siap apa semua dan Aiman Afif pon dah siap, jam dah 6.15am. Ok lah, just nice untuk keluar dah as semalam aku dah praktikkan. Tapi, masa tu la pulak Aiman tunjuk form sekolah itu ini...dah tu cari pen lak x jumpa. melilau cari, x pepasal mila kena marah sebab hari tu dia pakai pen aku letak kat mana tah... start la jadi kelam kabut, Aiman kena marah juga yg semalam dia tak tunjuk, hari ni lak dia tunjuk...padahalnya dia dah bagi form tu kat aku 2 hari lepas dah, aku simpan dlm file dah terlupa lak nak isi...:))...Afifnya form sekolah pon aku lom isi, sama jugak to Aimin..
ermmm...pastu gi sekolah hantar Aiman. Aiman dah start excited pegi sekolah awal dah... Dan hantar Afif. Dan kemudian pergi kerja.
Bila sorang2 dalam kereta pergi kerja mula la memikirkan yang bukan2...Aku fikirkan nasib diri aku. Kadang2 aku rasa kuat dan kadang-kadang aku rasa aku lemah. Kalau ikutkan hati aku memang akan jadi lemah kalau tak fikirkan Aiman Afif dan Aimin.
Macam sekarang ni, aku jadi serba salah nak aktifkan diri untuk peluang mencari rezeki dan bersama anak2 aku dirumah untuk memantau dan bersama mereka untuk belajar dan buat homework. Bila aku mengurangkan aktiviti aku diluar, aku pon jadi gelisah bila tiba masa nak tido rasa takut bila aku tidak berusaha untuk mencari peluang lebih bagi menambahkan rezeki aku dan famili. Dan, bila aku diluar pulak, aku rasa takut pelajaran anak2 aku terabai mcm tahun lepas. Tahun lepas, memang aku abaikan mereka 100% dalam pelajaran dan keputusan exam diorang memang bad. Aku jadi serba-salah. Aku memohon pada Allah supaya memudahkan segala peluang yang ada untuk untuk aku menambahkan rezeki aku dan anak2 demi masa depan mereka.
Dalam apa jua keadaan, hanya aku seorang yang ada untuk keselesaaan dan kebahagiaan mereka. Sakit, makan, pakai, bercuti, mainan, buku, dan lain-lain...hanya aku. Semua parents nak dan sangat ingin menyediakan segala2nya untuk anak mereka hidup slesa, begitu jugak aku. Walaubagaimanapon aku tetap bersyukur atas segala pemberian tuhan kepada aku selama ini...Aku mampu menyediakan keselesaaan kepada anak2 aku cumanya selesa itu secara berterusan bukan setakat hari ini dan tahun ini, maka itu yang aku jadi takut tak mampu nak mencapai bila aku kurangkan aktiviti mencari rezeki tahun ini....Ya Allah, bantulah aku mencapai segala apa yang aku hajatkan. Aku tidak berdendam dan aku tidak kisah pada mereka yang mengabaikan anak-anak aku dan meletak semua atas bahu aku...itulah kebesaran petunjuk dan jalan yang engkau berikan untuk aku terus tabah, kuat, cekal, positif, optimis dan aku akan mencuba mengguna segala apa yang kau kurniakan untuk terus bangkit memajukan diri demi kehidupan aku, anak2 aku dan keluarga...Kau berkatilah hidup aku dan kau permudahkanlah segala urusan aku dalam mencari kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat...aminnn










No comments:
Post a Comment