2011 datang menerbitkan satu persoalan baru manusia2 disekitar aku yang asyik bertanya "bila nak berganti","any good news for me", "yang lepas tu lepas la, eloklah diganti"...bla bla bla...byk lagi.
It just 2nd week of january. Bukan aku bosan dgn persoalan dan pertanyaan, cumanya aku pon taktau nak jawab apa. Bila aku xtau nak jawab apa, mula la aku cuba jugak menjawab. Dan, bila cuba menjawab, jadilah jawapan yang bukan-bukan.
Bukan aku serik sangat dan bukan juga takmau kawen dah. Aku amat bersetuju bila ramai yang kata "u still young fauziah, u deserve to have one to care u"... Aku pon setuju aku muda lagi dan aku mengaku aku masih muda...hihi, Cuma banyak sangat persoalan dalam jiwa yang aku akan terfikir setiap saat aku cuba mengiyakan perasaan untuk angguk.
Reasonnya kenapa aku susah nak bercinta betul-betul sejak aku belajar dan juga di awal kerja(ceritanya semasa aku single la)...aku sangat takut bila aku berkawan dengan seorang lelaki,berkawan sahaja dan bukannya bercinta as aku memang banyak kawan dan x pernah ada spesial bf except for 1 yg agak lain caranya. Dan tetiba lelaki itu sepertinya suka aku dan melayan aku melebihi seorang kawan. Contohnya asyik bagi bunga, bila keluar asyik dia aje belanja dan sentiasa menurut apa yg aku nak...maka, bila macam ini automatik aku menghindar diri dari terus berbaik. Maaf pada mereka2 yang aku mungkin lukakan dahulu bila tiba2 aku menjauhkan diri...bila selisih pon, terus aku buat x kenal. Bukan sebab aku benci cumanya aku takut sebab aku rasa macam aku x mampu nak memberi komitmen yang lebih selain menjadi seorang kawan. Mungkin Yuna juga merasakan macam tu maka, terilhamnya lirik lagu 'cinta sempurna' ini;
'Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan'
Kalau tengok dan hayati lirik ini, inilah apa yang aku rasa but bukan sebab 'terjatuh menjadi orang yang gagal' tetapi sebab dari dulu aku rasa aku sentiasa tidak berjaya untuk menunjuk kasih sayang dengan perkataan. Hanya boleh melalui perbuatan yang mana sentiasa disalah-sangka aku adalah manusia tidak kisah. Sedangkan pada pemikiran aku untuk menunjukkan kasih sayang, aku kena membuktikan melalui perbuatan. Contohnya aku sayang mak n bapak aku, maka aku sentiasa belajar baik2 dan sentiasa tolong mak aku untuk kerja2 rumah dan sentiasa boleh menjaga adik2 aku walau aku sibuk nak exam tetapi aku tak pandai menyatakan dengan mulut secara baik2 kalau aku rasa penat, nak demam atau ada hal lain yg penting untuk aku buat melainkan aku termengeluh atau aku duduk library satu hari atau aku termelawan cakap mak..:((. Dan sentiasanya waktu itu, aku kena la kan sebab melawan sangat. Padan muka..:)). Kesimpulannya aku tidak pandai berkomunikasi dengan berkesan untuk menyatakan perasaan...kelemahan aku tu. Dan, bila besar...bila aku suka seseorang atau seseorang suka aku..itu menimbulkan masalah. Bila aku suka seseorang contohnya masa dekat mrsm, aku diam je tidak pernah menyatakan rasa suka sebab masa tu aku pikir pulak kalau mamat ni betul suka aku apa bukti yang aku boleh buktikan yang aku suka dia,,,makanya jadilah kejap suka, kejap x suka..lama2 jadi suka betul sbb aku setakat melayan perasaan setakat jeling2 pandang2 kan...? But, itu menimbulkan ketidakselesaan kepada mamat yg aku suka tu. Bila wujud ketidakselesaan, mula lah dia perasan dan bila dia perasan mulalah aku meluat...isk. Tapi...sbb rasa suka, kadang2 meluat dan kadang2 suka...macam tu lah. But, nasib baik betul x jadi dgn dia sbb aku pon x suka pulak dengan sikap dan perangai dia sekarang walaupon masih ada teringat2 my first love ini..:))... Siapa tahu sipakah orang ini...sila komen...hihi.
Dan keluarga juga memberi impak atas perasaan aku yang tak berani untuk bercinta. Dari kecik aku je seorang yang suka menimbulkan masalah dekat mak bapak aku dengan perangai ketegaq aku dan perangai keras kepala aku. Dalam banyak2 anak mak n bapak, aku la yang paling kerap kena rotan...tu la ketegaq gila. Ceritanya, masa sekolah rendah aku sentiasa je nak jadi no 1. Mandi pagi pon nak jd orang pertama, kalaulah abang aku yang bangun mandi dulu harus aku mengamuk dan bapak aku lak masa tu bukak kedai makan dah la balik lambat time kitorang dah tidoq dan aku lak dok suka buat perangai...maka, kena la kan... :)). Kalau ingat balik perangai2 aku kecik2 dulu rasa sama je dengan perangai aku bila besar cumanya bila besar aku dah boleh cari sendiri dan otak dan akal pon dah lebih maka leh sabar sikit tapinya lau ada yang buat benda tak seperti kehendak aku, aku cepat je nak marah...buruk je laku aku ni. Maka, atas sebab2 itu jugak aku takut nak ada full-commitment masa remaja dulu sebab aku takut aku cepat buat perangai yang tidak mampu menyabarkan bf aku dan aku juga banyak rasa bersalah dgn parents aku atas perangai aku yang ketegaq itu maka aku jadi terhutang untuk membuktikan itu hanya setakat perangai aku, hakikatnya aku sayang mak n bapak aku, maka aku tanam dalam jiwa untuk betul2 membuktikan aku anak yang baik dan akan menjaga mereka(macam sekarang yang aku buat)... Sebenarnya setiap kali aku buat perangai, kemudiannya aku akan menyesal tapi nak buat macamanakan, perangai aku memang cepat sangat bertukar, cepat terasa hati. Bila terasa hati, maka mula la aku dengan perangai ketegaq dan keras kepala aku sebab selalunya aku xnak orang tau aku terasa hati...uhuk uhuk. Maka, sebab itu jugak aku akan jadi takut untuk hubungan yang serius dengan orang yang aku sangat suka dan yang mungkin sangat suka aku sebab aku takut aku tak dapat membuktikan aku anak yang baik kepada mak n bapak aku sebab bila aku mula sayang dan suka orang, mungkin aku akan teralih perhatian kepada dia. Walaupon aku ini ketegaq tapi sebenarnya aku sentiasa menurut kata untuk semua perkara yang mak bapak aku larang. Contohnya mak pesan jangan balik lambat ke rumah lau keluar naik basikal dgn kawan2...aku ikut, bapak pesan jgn merokok, jgn pergi disco dan jangan mudah percaya dan ikut lelaki masa aku awal2 datang kl belajar...pon aku ikut. Masa tu kalau aku ikut kawan2 gi makan dan kemudian diorang plan gi lepak2 dekat 'the beach', aku rela tido lam kereta dr join. Yang aku terlepas is pergi karaoke, pergi becuti tepi pantai, panjat gunung dan lain2 yang bapak aku tak larang...:). Itu pon aku join secara beramai2 tak pernahnya berdua dengan lelaki. Berdua dengan lelaki is bila tengok wayang n makan2 je...itu bapak aku tak pesan. Tapi, aku keluar pon mana ada aku buat perkara x elok...Tak percaya tanya F, R,AA, AR, HA, S,...bla bla. X ingat.
'Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...'
Lirik ini aku dedicate untuk yang semua aku jauhkan diri bila mereka cuba mendekat. Sorri... aku cuma takut takleh menjadi seperti mereka. Benda dah lepas usah dikenang kan kan..:)). But, seriously sorry.
'Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...'
ermmm...iye la, lirik ini sebijik seperti perasaan aku sentiasa menolak cinta sempurna. Tak tahu la takut apa...:((
Dan, kemudian aku berkawen dengan Hadi sbb Hadi terlalu pulun untuk nak kawen dengan aku. Dia yang aturkan bila aku nak bertunang dan dia jugak yang pulun2 mengorat aku dengan pelbagai cara walaupon setulus hati aku kata aku xmau kat dia. Dan, mungkin jugak ketika itu aku sedang frust dengan seorang kawan terapatku yg mungkin satu2nya lelaki yang aku boleh terima setakat masa itu sebab lelaki ini tidak menunjukkan perbuatan yang beriya2 mendekati aku(agak tarik2 tali yg menyebabkan aku xde la risau sgt yang dia betul suka aku sbb kejap ada kejap xde kejap senang jumpa kejap susah) tetapi agak komplikated keadaannya maka aku malas nak menolak lebih kepulonan hadi. Pon, masa tu aku dah siap2 niat, lau komplikated dgn hadi bercerailah. Ermmm...niat awal dah macam tu kan, mcamana la nak bahagia kan...? Pon, aku mencuba pelbagai cara jugak untuk selamatkan rumahtangga aku sbb aku fikirkan anak2 aku...Semua cra yang boleh aku praktikkan dan sehingga satu ketika aku jadi pendiam terus dan tak banyak lagi bercakap dengan Hadi, maka lama2 perasaan untuk mempertahankan rumahtangga aku hilang macam tu saja... :((. Pon, selepas divorce aku mengharapkan supaya Hadi berubah dan menjadi seorang yang bertanggungjawab. Dan, bila tengok satu2 perangai dia buat masih Hadi yang sama, maka tertutup terus pintu hati aku dan ketika itu aku mula berazam untuk kembali menjadi aku yang dulu...kurus, comey dan lote...hihi..pasan jap ehhh. :)). Dulu, aku malas nak menjadi figure aku 10 tahun lepas sebab lau ada yang suka aku kang, macam aku tak bagi peluang kat hadi untuk membuktikan lak... gayanya xde la hadi tu nak berubah...macam tu lah dia x akan menyalahkan diri sendiri melainkan orang lain yang salah...huh. Sorri Hadi, tiada lagi ruang untukmu...pintu dah tutup dan terkunci, kunci lak dah baling kat laut pasifik. Dan, sekarang aku dalam usaha menjadi fauziah yang elok seperti dahulu dan kemudian baru fikir samada aku ini masih ingin berlaki atau tidak. Kalau rasa nak berlaki kena la aim yang betul2 kali ni xmau dah main iye aje mcm dulu... Kali ni, aku akan mencari yg sesuai dengan jiwa, yang mampu menjaga aku dan anak2 aku, yang terlebih2 usaha untuk berjaya berbanding aku dan yang boleh menjadi teman hidup aku walau dimana saja berada dan yang sayang aku betul2 tetapi bukan seorang yang mengongkong. Dan, mesti jugak seorang lelaki yang mana aku leh ajak sama2 gi masjid untuk terawikh masa bulan posa dan masa2 lain sama2 nak belajar agama dan bersama2 luangkan masa untuk belajar agama dan yang akan ajak aku sembahyang berimam bersama2 ketika di rumah/mana2 yang boleh....itu yang paling aku nak... insyaallah dapat..aminnnn.
Abes idea dah...maka inilah jawapan sebenar kepada persoalan yang bertanyakan tentang kisah cinta masa depan aku. Selamat membaca, selamat menghayati dan sila komen. terima kasih.

No comments:
Post a Comment