Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Saturday, April 9, 2011

Wahai Insan...

Wahai insan yang aku rasa sangat bersabar dengan aku berbelas tahun lamanya...

Apa istimewanya aku yang buat kau sangat sabar dengan aku. Aku tiada
satu pon sifat2 yg elok sbg wanita asia yg patut dikagumi... Tiada
satu pon.

Berbelas tahun lepas, aku terus meninggalkan engkau tanpa sepatah
ucapan selamat tinggal dan aku tahu kau tetap memerhati aku dari jauh
dan dengan hati tanpa simpati aku terus lari jauh dari engkau walaupon
aku tahu kau tetap sedaya upaya memerhati aku dari jauh...

Bukan sebab aku benci dan bukan sebab kau jahat. Hakikat sebenarnya
aku tak pernah serius dalam soal hati, tak pernah langsung serius.

Bila seorang lelaki menunjukkan minat yang melampau dan melayan aku
bagai puteri, maka aku akan lari jauh... Sebegitu lah dari awal.

Engkau terlalu baik dan sangat baik, maka aku bukan lah manusia yang
sesuai dengan engkau kerana aku tahu aku tidak akan dapat membalas apa
yang sepatutnya terhadap engkau kerana aku adalah seorang perempuan
yang challenging dan aku sangat tidak mudah tunduk dengan sesuatu
perkara yang aku tidak pasti.

Dengan keadaan sekarang, engkau sudah sangat pasti bahagia dengan
kehidupan sendiri, maka aku amat berharap jangan terus menaruh harapan
terhadap aku. Aku tidak akan sanggup merosakkan kehidupan engkau yang
sudah tenang dan aku tidak akan sanggup lagi membuat engkau hilang
arah seperti dulu... Sudah cukup dugaan yang engkau lalui dahulu.
Cukup lah. Jangan biar aku terus melakukan kesalahan... Please. Cara
kita sangat berbeza... Cukuplah kita sekadar kekal sebagai sahabat.

Ikhlas dari hati aku yang paling dalam.

--
Sent from my mobile device

No comments:

Post a Comment