Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Sunday, August 7, 2011

Apa pilihan aku ada...

1. Fitnah semakin meningkat. Di ofis, aku mula dipandang satu mcm oleh
pihak2 jahat hati semata2 kerana ramai yg berkumpul di bilik ofis aku.
Aku dikata seducer setiap kali aku ada urusan dgn Pengarah baru yg
masih bujang. Gatal sgt kah aku. Kenapa aku saja yg kena kata sdgkan
yang bujang2 ramai dok ada. Sebab aku melawa kah..? Salah ke aku pakai
cantik2 make-up elok2... Salah ke?... Masalahnya, aku gatal ke. Ada ke
aku sembang dgn diorang buat manja2, sentuh2... Xde langsung.

2. Wujud kawan2 baik yg dah beristeri mendekati aku, rajin buat baik
satu macam. Mcamana aku nak avoid sdgkan kebanyakannya kawan2 yg
benar2 sahabat pada aku. Aku xnak disalah sangka oleh isteri2 mereka.
Aku pon dah pernah terkena diharamkan berbaik dgn suami mereka2 yg
asalnya baik dgn aku. Aku ada hati. Bila jadi mcm tu, aku sedih
sedangkan bila berkawan, x pernah aku pusing niat nak rampas atau
ambik laki kawan2 aku... Tak pernah langsung ada niat di hati aku. Aku
memangnya banyak kawan.

3. Ya...aku ada seseorang yg berstatus suami orang yang aku baik dan
selesa. Apa yg aku nak buat dan apa aim aku untuk masa depan aku
dengan dia. Bila tiba saatnya, sanggup ke aku nak berkahwin dengan dia
sdgkan aku adalah manusia yg sangat tidak sampai hati utk ambil hak
orang... Memang pernah terjadi dan sememangnya aku menghindar bila
keadaan itu benar2 berlaku. Dan, kalau aku ambik pon lelaki ini sbg
suami, terang2 aku dimadukan. Mana kebahagiaan yang aku cari?... Apa
yg sebenarnya aku nak dalam hidup. Apa yg aku cari?... Aku bukan
hinginkan harta berjuta tapi bahagia xdak. Aku ingin bahagia dan hidup
aman damai dan tenteram.

Maka, pada mereka yg mempertikaikan aku...apa pilihan yang aku
ada?...sedangkan fitnah semakin menjadi2... Aku manusia biasa. Kuat
macmana pon, aku tetap perempuan.

--
Sent from my mobile device

No comments:

Post a Comment