Dia bukan seperti aku, kuat menanggung dugaan hidup.
Aku tabah dengan hidup aku walau pelbagai dugaan datang. Aku tabah
hanya kerana aku ingin melaksanakan sepenuh tanggungjawab aku dengan
sempurna. Aku tabah kerana Aiman, Afif dan Aimin. Aku tabah kerana
rasa tanggungjawab yang penuh ke atas emak dan bapak aku yang sangat
aku sanjung. Mereka bagi aku adalah sebaik2 ibu dan bapa di dunia. Aku
tabah kerana aku punya abang dan adik2 yang sangat menyanjung tinggi
ikatan keluarga. Aku tabah kerana aku ada sahabat handai rakan taulan
yg baik. Aku tabah kerana aku di kelilingi manusia2 yang ikhlas dan
faham aku. Aku tabah kerana kelebihan kekuatan hati yg Allah swt
anugerahkan.
Dia mengharapkan lelaki yg menjadi harapan anak-anak aku. Dia
mengharapkan lelaki yg mengharapkan aku. Lelaki ini memerlukan aku
lebih dari segala2nya dalam hidup. Lelaki ini datang dengan penuh
harapan untuk perubahan hidup yang cuba lelaki ini betulkan...
Dan, dimana aku dan bagaimana aku untuk melaksanakan tanggungjawab ini
sekali lagi. Dan, aku percaya keikhlasan lelaki ini untuk pembuktian.
Akan aku terima lelaki ini semula demi rasa tanggungjawab yang belum
sempurna aku tunaikan. Aku sentiasa di sisi lelaki ini dalam apa jua
getir. Dan, aku percaya lelaki ini ikhlas hatinya...
Dia...aku mohon ampun jika ini sesuatu yang memusnahkan impian di hati
Dia. Lelaki ini mengharapkan aku lebih dari segala. Dan, yang paling
teratas, Aiman Afif dan Aimin mengharapkan lelaki ini kembali dengan
hati yang diam. Diam mereka demi aku. Diam mereka kerana takut untuk
kembali mengguris hati aku. Pon, aku tahu dalam pandangan mata diam
Aiman mengharapkan ayah kembali, dalam kenakalan celoteh Afif
mengharapkan pengertian ayah dan dalam manja Aimin sangat
berkehendakan ayah bersama untuk kebanyakan masa.
Dia... Aku simpati dengan harapan. Tetapi lelaki ini memang
ditakdirkan Tuhan untuk aku, Aiman, Afif dan Aimin di dunia dan di
akhirat.
Dia...maafkan aku jika lelaki ini menolak apa yang kau harapkan kerana
di hati lelaki ini memang hanya ada aku... Aku bertanggungjawab untuk
rasa yg dirasa lelaki ini.
--
Sent from my mobile device
No comments:
Post a Comment