Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Saturday, December 17, 2011

Antara kasihan dan sayang dan cinta...aku pilih kesian

Hihi...entry best x best pagi ni.

Aku akan sentiasa pilih kasihan dalam apa2 pon.

Sebab tu aku x berani rapat sangat dengan siapa-siapa. Aku lebih suka biar macam tu sahaja, konon-konon macam aku xde hati xde perasaan. Sebab, kalau tidak, rasa kesian aku akan melampau-lampau.

Aku x boleh tengok orang susah, aku sgt kesian. Bila kesian, sesuatu tu akan selalu ada dalam kepala otak aku. Bila dah ada dalam kepala otak aku, maka aku akan sentiasa berfikir. Bila aku x dapat berbuat apa-apa, aku akan keraskan hati keraskan jiwa, aku buat xtau.

Entry ini timbul sebab sesuatu. Aku bersyukur kerana sentiasa ada orang yg baik dengan aku. Demi rasa baik dengan aku, aku leh tau macam-macam cara orang yang baik ini pikir dan laksanakan. Aku faham itu. Dan, aku sangat berterima kasih dengan semua susah-payah orang baik ini. Dan, sebenarnya aku sangat terharu dan orang yang baik ini sangat dekat dalam hati aku. Dan, aku sangat berterima kasih. Rasa thanks aku tak boleh aku nak cakap sbb terlalu banyak.

Dan, demi terlalu banyak, maka aku jarakkan perhubungan supaya terlalu banyak itu tidak menjadi terlalu banyak sangat. Sebab bila terlalu banyak sangat, krmungkinan utk bertukar dari terima kasih ke sesuatu yang lebih tinggi sangat berpotensi. Maka, seeloknya aku menghadkan dan menglilitkan setakat terima kasih terlalu banyak saja. Stop dekat situ. Dan, aku tahu orang yang baik ini sangat baik terlalu banyak sangat.

Apa-apa pon orang yang baik ini sangat-sangat dekat dalam hati aku. Sangat-sangat. Thanks untuk semua. Dan, semoga kita kekal begini kerana kemustahilan itu nyata.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment