Terkesan pulak aku tengok cerita ni. Aku pi tengok dengan Noa tadi, dekat Pavillion. Pada aku, cerita itu memberi kesan. Aaron, Maya, zaidi omar, normah damanhuri memang pandai berlakon.
Mungkin sebab aku x baca novelnye, maka aku x compare penataan dalam filem berbanding dalam novel.
Pada aku cerita ni memang mungkin wujud dalam kehidupan sehari2 manusia. Pon begitu, Izah tetap dalam kategori wanita yg beruntung. Sebab dihujung jalan ceritanya, dia mendapat apa yg sepatutnya. Dan, dalam cerita ni, nasib mila masih malang sebab hilang manusia yg dia harap. Pon, mungkin sebab mila dah senang hidup sebelumnya, maka tuhan duga dia dengan sesuatu sbb kalau ikut dlm cerita ni, hati mila tetap mulia. Maka, tuhan tetap kasihkan manusia yg berhati mulia. Dan, izah sememangnya dibukakan jalan utk kebahagian dia sbb dia dah suffer hilang ayah hilang mak dari kecik. Dan, itu lah kehidupan manusia di dunia. Hidup itu roda. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Hanya Allah yg maha mengetahui perjalanan dan pengakhiran hidup hamba2nya.
Dan, aku pon macam tu. Aku kena terima segala apa yg Allah swt tetapkan untuk aku lalui. Semuanya kerana Allah swt sayangkan aku dan diberi sedikit kesusahan dan kedukaan supaya aku sentiasa mengingatiNya dan belajar untuk redha walaupon hakikatnya aku hanya mampu pasrah dengan apa yang aku lalui. Pon begitu, aku bersyukur dengan segala apa yg telah Allah swt mudahkan untuk aku mengharungi hidup.
Jawapan kepada segala-galanya adalah aku sewajibnya kena mendekatkan hidup dengan Allah swt.
Aku pasrah dan aku redha. Sekalipon pasrah bermaksud berserah, pon aku cuba ikhlaskan hati untuk redha dengan segala apa yg aku hadapi. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui segala apa yang tersembunyi di langit dan di bumi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment