..Aku pernah mengalami keadaan macam ni. 2-3 kali bf aku sanggup buat macam2 utk aku walau baru sekejap aku berkawan dengan mereka.
Dan, akibatnya aku reject. Sebab aku takut bila lelaki terlalu bersungguh untuk aku.
Banyak dah aku rasa aku tulis berkaitan kerejekan aku kpd lelaki yang sebegini. Aku xde sebarang alasan cumanya bila aku nampak dan merasakan lelaki itu terlalu bersungguh demi aku, terus aku rejek dan tidak berpaling lagi dah walaupon aku sgt rasa x baik buat mcm tu.
Tanpa alasan, cumanya mungkin sebab aku takut dengan diri aku sendiri. Aku tidak suka di kawal. Bukan sebab aku nak bersosial cumanya memang aku punya perangai tak suka di kawal.
Dari kecik aku rasa aku mcm tu. Tak suka di kawal. Dan, kebetulannya mak n bapak aku pon mmg tak pernah kontrol abang, aku dan adek2 aku dalam apa kitorang nak buat. Memang pesen mak bapak dr kedah mcm tu kot memberi kebebasan anak2 nak buat apa cuma bapak aku letak garis panduan saja apa patut apa tak patut.
Macam aku anak pompuan 1st bapak, bapak bagi 3 garis panduan saja kat aku masa awal2 aku masuk UM, elakkan;
1. Lelaki
2. Arak
3. Dadah
"Merokok x sesuai untuk perempuan, mcm sakai bapak tengok orang pompuan isap rokok."Ayat bapak aku dkt aku masa tu...
Pasal lelaki pulak, bukan bapak aku suruh rejek terus. Cumanya bapak kata "hanya orang lelaki saja yang tau mcmana perangai orang lelaki. So, bila belajaq poziah belajaq mau lebih. Lelaki jatuh lepaih belajaq pon xpa."... Tapi, pasai lelaki ni Ami(sepupu bapak tp dah kira mcm adek bapak la ami ni) pon ada pesan kat aku masa awai2 masuk UM tu. Ami kata"Senang saja poziah nk jaga diri. Jangan percaya dan jangan layan dengan lelaki x kenai. Tambah2 kalau lelaki yang hang jumpa luaq dr kawasan belajaq. Hang kawan dgn laki tempat hang belajaq sudah."
Ermmm...byk kan tips pasai lelaki aku dapat, kan...:D
Bila bapak aku pesan macam tu, aku ikut baik2 sepanjang hidup aku belajar di UM. Mana ada menggeletis, menggatai sangat. Syok2 saja2 ada la. Memang aku xdak spesel bf sepanjang masa aku belajaq kat UM tu tapi sebenaqnya banyak jugak bf aku date...hihi. Tapi, semuanya cm kawan ja la. Nak sebut kat sini kang, kot ada yg baca lak. Sebab ramai yg dok kontek lagi. Dalam friendlist's fb pon ada. Yang mana mungkin xdak dlm fb, kawan depa lak ada. Ha ha.
Tapi, ada juga bf2 yang aku pernah date dah terputus hubungan langsung dgn aku. Mana depa pi ek.
1. Azmi, budak pahang tapi belajar di uum. Sanggup tu mai jumpa aku kat kl bila dia cuti. Aku pon dah lupa mana aku jumpa dia. Tapi, 2-3x jugak la dia mai kl jumpa aku.
2. Aris. Budak Uitm. Rugger's(betoi ka eja ni). Aku nak kata rugby's player. Aris ni baik. Aku pon dah x ingat berapa kali aku lepak dgn dia. Yang aku ingat dia selalu mai jumpa aku malam, lepak makan A&W yg 24jam and pastu dia hantar aku balik. Kira baik la Aris ni, walau mai jumpa aku malam tapi aku selamat ja elok sampai rumah... Dia mai jumpa malam bukan sebab apa pon, cumanya siang dia study. Dah tu kena prektis rugby lagi. Dia national player kalau x silap aku. Busy la kan kononnya.
3. Budak engine, UIA. Aku lupa lak nama dia. Amir kot rasanya. Kiut je amir ni. Gaya cam anak org kaya sebab tiap kali lepak sama, mesti dia belanja. Ada sekali dia ajak aku pi tengok konsert westlife ka backstreet boys ntah. Lupa dah aku. Dia yang belanja. Pon lost contact dah dgn mamat ni. Dengan mamat ni, mmg aku cari dia bila aku merepek dan boring. Kitorang leh sembang2 dlm kereta je. Sembang punya sembang, sampai ke jb pernah. Ha ha ha... Pastu elok patah balik kl. Pon baik mamat ni. Pandai sembang.
4. Budak KL. Aku lupa nama dia tapi kira byk kali gak aku keluaq dgn mamat ni. Nama dia aku dah lupa. Tapi, dia ni bukan student memana. Dia bukak cybercafe dgn adik-beradik dia. Dia ni xdak la ensem pon, cumanya dia ada gaya la. Pesen rajin cari duit. Bukak cybercafe la, pastu ingat lagi ada sekali dia call aku tgah malam soh sembang dgn dia sebab masa tu dia tengah dok buat qeja tarik kabel. Kabel apa aku lupa. Kabel telefon kot. Dia kata dia ambik sub qeja tu dgn abang sepupu dia. Dgn mamat ni pon best bila keluaq dia yang belanja. Gipon dia bawak kereta laju...hihi. Aku suka je kalau dapat naik qeta dgn racer. Feel beb bila tang korner depa pandai kontrol x brek pon...hihi. Baik jugak mamat ni sebab byk kali keluaq dgn aku pon dia x buat apa2. Bawak makan, tgk wayang, teman dia main pool sat, jalan2 tgk kl dr bukit2 dan balik. Dia suka nyanyi mamat ni. Sora dia sedap. Kdg2 kalau dia tepon, dia suka nyanyi kat aku dlm tepon. Sora dia memang sedap.
5. Pon lupa nama. Tapi dlm ramai2 lelaki aku date, hat ni paling ensem dan paling jahat. Dari cerita dia la dia jahat. Dgn aku dia tak pernah tunjuk jahat pon. Ensem mamat ni, muka mcm mix. Mai dating dgn aku selalu naik superbike. Boleh lepas ke genting aku dgn dia. Melaka pon kerap. Ipoh pon pernah sampai. Semuanya sebab dia nak bawak aku jalan2 naik superbike dia. Dah la asyik tukaq2 ja superbike dia. Dia baik dgn aku sebab dia kata aku leh hiburkan hati dia. Dia kata aku pesen x ambik kesempatan dengan apa yang dia ada. Dia suka bercerita dgn aku. Lama2 dia bercerita. Dia jarang cerita psl famili dia tapi dia byk bercerita psl life dia adek-beradik. Dr cerita dia, mamat ni anak org kaya dan mungkin mak pak dia somebody tapi setended pesen aku jenis x minat nak ambik tau lebih2. Aku pesen kawan je dgn org tu dan setakat dia dgn aku berkawan. Antara kawan baik aku masa tu. Kdg2 dia mai jumpa aku tgah malam mata merah, ajak aku minum kat BSC(bangsar shopping centre). Cerita sedeh la bila mata merah mcm ni. Ada sekali tu dia call aku ajak aku lepak kul 4 pagi. Dia kata dia baru balik dr bersosial. Mata merah gila masa ni, ckp pon lalok. Tengah high la kot. Masa tu dah start dah ice2 nih. Bila dia mcm ni, mmg aku x ikut dia pi jauh2 la. Takat kedai2 depan vista hat mana yg lom tutup tu ja la, pastu sambung sembang dkt bawah blok. Aku ingat lagi masa tu dia kata dia sedeh dgn life dia. Dia ckp aku sj yg ikhlas baik dgn dia, jd kawan dia walaupon aku x kenal sapa dia. Masa tu dia sembang dgn aku mcm2. Dari kul 4 pagi sampai kul 10 pagi. Kat bawah blok 6 vista tu ja aku sembang. Sian kat dia masa tu. Dia kata dia byk dosa la, hidup xdak makna la. Aku layan ja la dia sembang masa tu sebab antaranya dia kata dia mcm nak bunuh diri sebab x tahan hidup. Aku ckp dia bodo. Masalah dia bukannya banyak mana pon. Semua masalah dia yg cari sendiri. Huhu...ya la. Itu yg aku ingat la. Aku lupa la mcmana aku leh kawan dgn mamat ni. Dia ni kaki sosial. Mcm2 cerita sosial dia cerita dkt aku. Tapi, yg baguihnya psl mamat ni dia x pernah ajak aku bersosial. Dia cuma ajak aku naik moto jalan2 dgn dia, sembang2, makan2 n pastu balik. Yang aku pon satu jugak bila ada kawan ada superbike, kereta sport mmg aku x lepas. Aku mmg suka benda2 lasak camni. Seb bek la depa semua baik, x buat apa2 dkt aku. Betoi2 kawan ja.
Ermmm... Ada lagi sebenarnya. Tapi aku dah penat bercerita. Kesimpulannya, dari dulu sampai la aku ni mmg serasi kawan dgn org laki. Aku sangat bagus sebagai kawan. Tapi akan fail bila kawan tukar jd kekaseh. Terus aku akan jadi manusia paling tak sporting dalam dunia. Aku rasa la. So, aku mmg x minat nak bercinta. Kawan mmg boleh dengan sapa2.
Dan, so far alhamdulillah aku pandai jaga diri...dan kawan2 lelaki aku tu pon pandai jaga diri sendiri bila kawan dengan aku. Insyaallah berterusan mcm ni. Aku mmg sentiasa berdoa supaya aku sentiasa dilindungi dan jangan silap langkah.
Eh! Baru nak masuk tajuk ni. Aku agak mcm x kena sembang. Tapi x kesah lah. Ada la sikit2 kot... Layan jer lah kan. Sebab tiba2 jadi rajin lak aku dok tekan bb aku pagi2 buta ni... Layannnnnnn
Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
http://dafa.wordpress.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment