Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Sunday, June 3, 2012

Faktor psikologi kenapa lelaki jatuh cinta pada wanita.

Faktor psikologi kenapa lelaki jatuh cinta pada wanita.    Date : 2010-10-20 17:40:13

Untuk seorang lelaki jatuh cinta pada seorang wanita, wanita itu mestilah berjaya mencuri hati lelaki tersebut. Bagi lelaki, hati mereka tidak pernah lengkap. Mereka perlukan sebahagian hati dari seorang wanita untuk melengkapkan hati mereka. Lelaki jatuh cinta apabila mereka menemui wanita yang berjaya mengisi kekosongan di hati mereka. Setiap lelaki mempunyai keinginan masing-masing. Namun, secara teorinya terdapat beberapa faktor psikologi yang menyebabkan lelaki jatuh cinta pada seorang wanita.

Faktor pertama: Perasaan ingin memiliki sesuatu.
Aset yang di miliki seorang wanita membuatkan lelaki teringin untuk memilikinya. Lagi-lagi jika wanita tersebut menjadi idaman ramai lelaki. Dia ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa dia mampu memiliki wanita tersebut. Apabila peroleh sahaja cinta dari wanita yang di inginkan, lelaki itu akan terus menyayangi wanita tersebut kerana dia mahukan aset pada wanita itu kekal di tangannya.

Faktor kedua: Kebergantungan wanita kepada lelaki.
Wanita yang selalu bergantung kepada teman lelakinya selalunya akan memberi kebahagiaan. Sudah menjadi sifat seorang lelaki untuk menjadi pelindung kepada seorang wanita. Sikap wanita yang selalu mendambakan pertolongan dari seorang lelaki menyebabkan lelaki tersebut semakin menyayangi wanita itu.

Faktor ketiga: Kasih sayang.
Wanita yang penyayang boleh menyebabkan lelaki menjadi cair. Lelaki berwatak tegas dan mempunyai ego yang agak tinggi. Namun, semuanya akan runtuh jika berdepan dengan kasih sayang dari seorang wanita. Watak penyayang dari seorang wanita boleh menyebabkan lelaki lebih jatuh cinta pada wanita tersebut.

Faktor keempat: Ketrampilan seorang wanita
Penampilan wanita yang menawan dan memikat membuatkan lelaki akan lebih menyayangi wanita. Lelaki secara lumrahnya akan tertawan pada wanita yang berketrampilan sebagai wanita. Contohnya, lelaki melayu akan tertawan pada wanita yang memakai baju kurung kerana itulah ciri kewanitaan yang anda di dalam fikiran seorang lelaki melayu.
Faktor kelima: kesefahaman.
Seorang lelaki membesar dengan karakter dan perangainya yang tersendiri. Apabila wanita boleh menerima keadaan diri sebenar lelaki tersebut, wanita itu akan di sayangi sepenuhnya oleh lelaki tersebut. Lelaki tidak suka mengubah cara mereka kecuali memperbaiki kelemahan diri.

Faktor keenam: Seksi dan bijak.
Bagi lelaki mempunyai tubuh badan yang menarik belum cukup untuk menarik perhatian mereka. Seorang lelaki biasanya akan memandang kebijaksanaan yang ada pada seorang wanita tersebut berbanding tubuh badan. Lelaki biasanya menganggap kebijaksanaan lagi penting dari segalanya. Seksi adalah ciri bonus bagi wanita. Jika lelaki menemui wanita yang bijak, mereka tidak lagi kisah mengenai bentuk fizikal wanita tersebut.

Faktor ketujuh: Pandai menjaga maruah.
Seorang wanita yang pandai menjaga maruahnya akan di sayangi lebih oleh teman lelakinya. Kesungguhan seorang wanita menjaga maruahnya menyebabkan lelaki akan lebih berusaha untuk melindungi teman wanitanya.

Taken from http://society50.com/article/72/Faktor_psikologi_kenapa_lelaki_jatuh_cinta_pada_wanita
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment