Petua Untuk Buang Pacat
1. Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.
2. Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Melalui proses ini pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.
3. Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.
4. Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.
5. Jika pacat menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.
6. Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Suka-suka tulis bukan mau nama..
Aku menulis bukan kerna nama...
Sunday, August 12, 2012
Petua Untuk Buang Pacat
ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA wrote:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment