Entah...tetiba aku rasa aku manusia yang paling sedih dalam dunia. Walaupon hakikatnya aku tahu masih terlalu ramai lagi manusia yang sedih. Aku rasa sedih amat sebab aku berjuang dalam hidup selama aku keluar dari kehidupan aku habiskan duit bapak ni secara seorang. Aku memupuk semua yang positif dan memupuk emosi aku untuk tidak mengalah dalam hidup secara berseorang. Jarang sangat aku nak bercerita apa perasaan sebenar aku masa tu...
Kehidupan pedih aku bermula seawal kehidupan aku dengan Hadi. Aku amat sedih segala2 yang terjadi masa tu dan aku tak pernah menceritakan kepada sesiapa kesedihan aku masa tu...Pelbagai perkara aku sedih. Sedih aku adalah sebagai wanita yang tidak dijaga hati aku oleh seorang suami sebagaimana bapak menjaga aku. Dan, lebih sedih lagi ketika itu aku mengandung... Sedihnya. Walaupon aku graduate UM tapi ujian ketika itu di saat aku tidak bekerja dan sedang sambung pelajaran. Sungguh susah aku ketika itu. Tak mampu nak tercapai dengan aku betapa susahnya kehidupan aku ketika itu. Aku katakan susah kerana sepanjang aku kenal dunia hidup aku tak pernah susah. Aku tak pernah ke mana2 bersama keluarga dengan public transport. Seawal usia, aku dah kenal marrybrown, kfc. Seawal usia, barangan dapur bapak beli di supermarket. Seawal usia sentiasa saja aku dengan aiskrim cornetto yang masa tu harga 50 sen. Sebab tu aku kata selepas kawen dengan Hadi, hidup aku menjadi terlalu susah dan dalam keadaan mengandung... Pon, tidak pernah aku mengeluh. Aku ceriakan wajah tetap aku di depan siapa saja. Aku amat jarang menangis dan aku tidak pernah mempersoalkan tuhan dengan semua kesusahann yang aku alami. Tak dapat nak diceritakan dengan perkataan sedihnya hati aku masa tu. Banyak sangat cerita yang menyedihkan hati aku. Terlalu banyak.
Sedaya upaya dan sekuat hati aku bangun dan berjuang sendiri dengan mengenepikan emosi aku sebagai perempuan dan isteri yang patut di bela, dijaga dan dibelai. Aku melangkah maju, terus berjuang mendapatkan sesuatu yang dinamakan kebahgaiaan. Pelbagai derita aku rasa. Pelbagai kisah sedih aku lalui. Semuanya aku telan seorang dan berazam teguh untuk mengubah kehidupan aku sendiri tanpa memperdulikan yang aku hanya wanita lemah yg biasa disediakan segala oleh bapak. Aku ketepikan rasa wanita aku demi membuktikan yang aku tidak akan sedih lagi kemudian...
Dan, alhamdulillah Allah sentiasa mendengar rasa hati hambanya dan di sini aku sekarang. Dan, sehingga sekarang aku masih mencari nilai aku sebagai wanita. Aku seakan menemui seseorang dan sangat yakin dengan perasaan aku dengan lelaki ini. Tetapi, mungkin tuhan memang sayangkan aku maka diuji dengan sedikit cabaran untuk aku lebih mengenal keikhlasan hati aku untuk betul-betul menerima lelaki ini... Lelaki ini memberi aku kedamaian jiwa yang aku cari, memberi rasa hormat pada seorang lelaki yang aku inginkan, mengenal ketulusan jiwa seorang lelaki yang menjalankan sepenuh tanggungjawab kepada apa yang dipertanggungjawabkan ke atas bahunya walaupon dalam keadaan yang menyulitkan dia, mengenal nilai seorang lelaki yang sepatutnya di bumi tuhan. Aku menginginkan dia walau dalam keadaan apa sekalipon dia kerana hanya dengan dia, hati aku kembali ketawa.... ikhlas.
No comments:
Post a Comment