bertanya, selalu saja bebudak ni buat ayat touching... Lately ni juga,
bebudak ni akan masuk bilik nak tido dengan aku. Dan, lately ni jugak
jiwa aku menjadi sgt sensitif bila tengok, belek, renung muka sorang2
selepas diorang dah tido. Aku rasa jiwa aku yg sgt sensitif mcm zaman
bebudak/remaja dulu kembali menguasai.
Memikirkan hidup masa depan, kdg2 aku jadi takut. Aku takut aku salah
mendidik anak2 aku sbb aku sentiasa mengejar masa mencari rezeki buat
diorang. Pon, aku bersyukur kerana Allah Taala sentiasa memahami hati
aku dan sentiasa mempermudahkan keinginan sebenar di hujung hati aku
yg aku diam2 memohon, berdoa supaya sentiasa suara hati aku
diperkenankan Allah Taala. Dan, sehingga kini, segala doa dan harapan
yg tersembunyi jauh di lubuk hati aku di sebalik keras kepala, degil
yg aku tunjjukkan sentiasa mendapat keizinan Allah Taala untuk aku
merasa nikmat sebenar perasaan aku.
Hakikat sebenar kehidupan aku, aku bukannya kuat mana. Aku hanya
berpura dan kemudiaannya dgn izin tuhan, aku menjadi teramat kuat di
mata mereka2 yg ada disekeliling aku. Dan, dgn itu aku memohon pada
Allah yg Esa semoga sentiasa aku menjadi kuat, tabah, cekal untuk
bersama2 anak2 aku mengharungi hidup. ..Ya Allah, kau perkenankanlah
doa aku dan aku memohon untuk kebahagiaan dan kejayaan anak2 aku, kau
jayakanlah mereka sentiasa dan berkatilah hidup mereka dan lindungilah
mereka dr segala kesukaran dan kesusahan hidup yg melampau. Aku
memohon kepadamu Ya Allah untuk sentiasa diterangkan hati mereka untuk
sentiasa mengingati mu dan dapat menjadi sebaik2 hamba yg kau
inginkan, ya Allah...aku sesungguhnya sgt menyayangi mereka
sepertimana aku menyayangi emak dan bapak dan adik beradik aku... Kau
berkatilah seluruh hidup kami di dunia dan di akhirat.....aminnn
--
Sent from my mobile device
No comments:
Post a Comment