Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Wednesday, March 16, 2011

Semakin susah Semakin indah...

Terima hakikat kehidupan, sesuatu yg bagus bukan senang nak dapat.
Mungkin senang sekarang, dan demi untuk indah susah kemudian...kan.
Maka, apa yang perlu berserah pada tuhan yang esa bagaimana jalan yang
telah disediakan untuk saya ini melalui demi mendapatkan kebahagian
jiwa yang hakiki... Kebahagiaan dunia yg berbentuk material telah saya
kecapi walaupon tidak sehebat mana...juga, jika difikir bukan melalui
jalan yang mudah. Pelbagai halangan, cabaran, tekanan emosi melampau,
tuntutan masa yang amat constraint yg akhirnya membawa sedikit nikmat
hidup hebat di dunia. Namun, tetap saya ini belum menemui kebahagiaan
hakiki. Sebelum ini, saya ini sering juga memikirkan bahawa cinta itu
tidak penting dan tuhan telah mengenal saya dengan satu tekanan hidup
yg disertakan bersama cabaran emosi dan perasaan yg tidak dijagai dan
tidak dihormati secara sewajibnya untuk seorang wanita merasai. Dan,
memikirkan itu antara balasan tuhan ke atas saya ini yang selalu
merasakan pemikiran saya betul maka diduga saya dengan sesuatu yang
sangat-sangat menyedarkan saya ini betapa kasih sayang dan perasaan
dicintai amat penting dalam hidup setiap manusia amnnya dan wanita
khususnya. Dan, sekarang saya amat memahami itu dan saya ke arah
mencari kedamaian jiwa dan kegembiraan perasaan yang hakiki di dunia
dan di akhirat. Dan, sekarang saya ini amat faham, Siti Hawa dijadikan
Allah dari rusuk Nabi Adam untuk menemani lelaki itu di sampingnya
bukan di atas atau di bawahnya. Dan, wanita itu dijadikan Allah dari
sedikit bahagian tubuh seorang lelaki adalah supaya wanita itu
menghormati pengorbanan seorang lelaki yang sanggup berkorban memberi
apa sahaja kepada wanita itu demi mentaati suruhan Allah swt. Maka,
dugaaan-dugaan dan cabaran-cabaran yang saya ini lalui sememangnya
satu hidayah dari Allah swt supaya saya ini menjadi seorang wanita
yang sentiasa akan bersyukur dengan setiap pemberian Allah. Dan, saya
ini amat memahami bahawa Allah swt itu amat dan sangat menyayangi umat
manusia dan setiap apa yang telah terjadi itu adalah demi kebaikan
manusia itu kerana Allah swt sahaja yang mengetahui segala-galanya
tentang makhluk dan alam ini... Maka, saya ini amat bersyukur sekali
atas segala hidayah Allah yang telah saya rasakan sehingga kini. Dan,
saya amat berharap supaya Allah swt akan terus memudahkan segala
urusan saya selepas ini di dunia dan di akhirat dan saya ini amat
berharap supaya keikhlasan hati saya akan lebih lagi dan saya juga
memohon sesuatu yang hanya baik-baik akan dilalui oleh saya sehingga
akhir nyawa saya dan juga untuk seluruh umat islam di dunia terutama
sekali anak-anak yg sangat saya kasihi dan sayangi sepenuh hati saya.
Lindungilah mereka dan semua insan yang saya sayangi...
Insyaallah...aminnnn

--
Sent from my mobile device

No comments:

Post a Comment