Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Tuesday, January 31, 2012

Doa adalah sebaik-baik hadiah untuk semua dan untuk diri aku...insyaallah

Aku pikir, Tuhan dah lama bagi aku hidup aman tanpa sesiapa pon dalam family aku yang sakit teruk berlama2. Dan, dalam famili aku memang jarang sangat berlaku kematian. Last sekali wan meninggal tarikh 7.3.2009 x silap aku. Itu pon elok je wan meninggal. Xde sakit apa. Dengarnya malam tu elok makan cucoq ikan maktam masak, siap pesan kat maktam lagi suruh buat lagi esok sebab dia nak makan lagi. Dan, esoknya maktam bangun tengok wan dah xdak, elok tangan sebelah dah kiam dan sebelah lagi sedang pegang kitab berkeadaan x sempat nak tarik tangan utk kiam... Sorang-sorang wan meninggal lepas sembahyang subuh. Dengarnya air sembahyang pon elok lagi dok ada kat muka...mudahnya wan meninggal.

Dan, sekarang nekteh sedang di hospital. Petang tadi aku call ipah, ipah kata Doktor dah pesan panggil saudara-mara sebab kesihatan nekteh makin x stabil. Nekteh mulanya sakit breast cancer, sempat buang dan sempat nekteh pergi buat haji, memang bahagian nekteh jugak cantik. Aku doakan supaya Allah permudahkan segala urusan nekteh mengikut kehendak Allah swt.

Bapak aku pulak dah 2 kali operate jantung selang sebulan saja. Dah operate jantung dkt IJN, mata pulak makin x nampak. Dok tepi pon bapak tanya ni sapa. Sedih aku. Bapak lelaki kuat, susah nak rasa sakit. Apa2 pon bapak abaikan dan teruskan macam x ada apa2. Mata bapak makin tak nampak bersebab jugak. Sebabnya bapak ada diabeter. Sebelah mata dah operate tahun lepas. Dan, lagi sebelah tunggu date nak operate la. Tapi, bapak kata mata yg dah operate pon makin x nampak. Untuk bapak pon aku doakan segala-gala yang terbaik dan akan sentiasa dimudahkan Allah swt untuk segala urusan... Sekarang bapak ada kat rumah aku. Mak pon ada sini.

Mak aku pulak sakit lutut. Jalan x boleh betoi x boleh laju. Dah lama suruh mak operate lutut. Merata dah aku bawak. Inject pon dah pernah buat. Sepatutnya 3 kali, tapi mak buat dan sekali saja. Ajak pulak, mak dah tak berani...kalau inject letak bendalir pon mak tak berani. Cuba bayangkan kalau operate. Mak takut operate lutut bersebab. Sebabnya nekcut umi meninggal sebab operate lutut lah. Tengah dok sehat pi operate lutut, lepas sehari operate, nekcut umi 'pergi'...mau x trauma mak. Nekcut umi 'pergi' pon dah lama. Tak silap aku tahun 2007, masa tu aku sdg mengandung Aimin 7-8 bulan macam tu. Untuk mak jugak, aku doakan Allah swt mudahkan segala urusan mengikut kehendak Yang Esa. Mudahkan lah Ya Allah.

Dan, nyak iaitu mak bapak pon x sehat. Nyak umor dah dekat 90 tahun tapi nampak masih kuat. Masih boleh uruskan angoh(adik bapak) yang sakit stroke. Nyak memang sihat. Cuma kadang2 tetiba boleh collapse. Collapse pon sekejap je. Bawak jumpa doktor or ambik ubat, sehari dua hari dah sehat. Cumanya, lately lebih kerap nyak sakit. Kalau tetiba nyak collapse, bapak akan call aku sedeh xtau nak buat mcmana sebabnya bapak kan xdak kaki. Sementara nak tunggu sapa2 mai tolong, bapak setakat leh tengok nyak sakit saja la. Bapak dah x boleh dukung nyak walaupon nyak tua 1/4 je size badan dari bapak. Mungkin kecik lagi. Angoh pon sama la, mana nak buleh angkat nyak dah. Boleh sedeh sama2 bapak saja la... Pon sama, aku doakan Allah swt mudahkan segala2 urusan nyak mengikut kehendakNya. Insyaallah.

Dan, tok aku sebelah mak lagi la lama sakit. Tok stroke dr tahun 1994 kalau x silap. Tok jatuh sakit lepas hantar aku masuk UM. Sebulan selepas kot. Dan, dr tahun tu sampai lah sekarang, tok tido ja atas katil. Aku pon xtau dah mcmana cara lagi untuk tolong tok. Nak bawak pi mekah, tok dah x boleh... Berserah saja pada Allah swt moga dimudahkan juga urusan tok.

Itu lah tinggalnya orang-orang tua yang dekat dgn aku. Sebenanrnya masih ramai pakcik makcik aku. Tengok dr mata kasaq, semuanya masih sehat alhamdulillah...

Dan, akhirnya aku lah. Aku pon sentiasa mendoakan untuk diri sendiri supaya diberi kesihatan tubuh badan dan mental untuk terus aku kerja cari duit besarkan anak-anak aku. Anak-anak aku pon dahh takdak sapa2 yg depa leh harap selain aku. Depa pon ada aku saja yg boleh jaga depa, sakit pening depa, makan pakai depa, sayang depa. Sedeh aku bila pikir... Aku sayang anak2 aku sangat dan aku mohon pada Allah swt semoga sentiasa ditabahkan hati aku untuk mengharung semua cabaran hidup. Aku pon sebenaqnya xdak sapa2 lagi yang boleh aku harap selain diri aku untuk cari makan anak-anak aku. So, Ya Allah Ya Tuhanku, mudahkanlah segala urusan aku dan anak-anak aku. Bukakanlah pintu hati mereka utk menjadi insan yang berilmu dan berjaya dengan jayanya di dunia dan di akhirat. Aku sayang sangat Aiman, Afif dan Aimin. Aku jadi kuat sebab diorang...

Akhir sekali untuk semua adik-beradik, saudara-mara aku pon aku mendoakan yang terbaik dan dimudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat....insyaallah <3
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment