Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Sunday, January 15, 2012

Facebook newsfeed post by: 1 JUTA - Meluat ANWAR IBRAHIM

1 JUTA - Meluat ANWAR IBRAHIM wrote:

Melihat keputusan mahkamah pada 9 Januari lalu tidak banyak memberi keuntungan kepada Anwar.

Rakyat boleh menilai beliau selepas segala fitnah dan penghinaan yang dilakukannya terhadap pelbagai pihak terutama mahkamah, polis dan kerajaan.

Ketika muncul bersembahyang Jumaat di Kampung Baru, jemaah tidak melayan beliau sebagai hero seperti yang Anwar selalu harapkan. Sehebat mana sekalipun Anwar mengheret rakyat, majoriti tidak termakan. Sebaliknya simpati kini lebih kepada Saiful - rakyat biasa yang melalui segala macam tekanan dan liku dalam menegakkan kebenaran.

Dan yang sangat gembira dan mengalu-alukan keputusan itu ialah gerakan gay antaranya di Filipina dan NGO hak asasi manusia. Apakah makna itu semua? kita sama-sama boleh renungkan...

Pemimpin DAP dan Pas juga sebenarnya tidak gembira dengan keputusan mahkamah itu. Mereka sebenarnya mengharapkan Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan bagi menyemarakkan suhu politik negara.

Maka lebih mudah untuk membakar sentimen rakyat dan hukuman ke atas Anwar akan dijaja untuk mempengaruhi corak pengundian pada pilihan raya umum nanti. Realitinya, Anwar akan tetap menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang.

Menang atau kalah kes, Anwar kelihatan tetap resah... Sudah termaktub dalam hukum psikologi, dosa-dosa besar akan menghantui kehidupan kita. Beliau tahu apa yang sebenarnya berlaku. Lebih daripada itu, Anwar bimbang rakyat selaku hakim negara yang beliau laung-laungkan, tidak memihak kepadanya yang petunjuk itu kian jelas..!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment