Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Saturday, January 28, 2012

...Golongan yang tergelincir, maka mereka selalunya hanya akan menggunapakai HUJJAH DARI AL QUR'AN SAHAJA. Kemudian ayat Al Qur'an akan DITAFSIR MENGIKUT AQAL.

Dari FB Ulama Muda UMNO (ILMU)

KAEDAH PENGHUJAHAN OLEH GOLONGAN SESAT

Ahlus Sunnah menetapkan sumber kepada epistimologi Islam adalah:

1. Al Qur'an (bukan Al Qur'an versi Syiah)
2. Hadits yang sah
3. Pemahaman sahabat dan para salaf terhadap sumber 1. dan 2.

Dari segi kekuatan hujjah, maka Al Qur'an dan Hadits berada pada tingkatan yang sama. Kerana Ahlus Sunnah beriman bahawa hadits merupakan wahyu dari Allah.

Untuk menghasilkan sebuah hukum / kesimpulan (kaedah istimbat) maka Ahlus Sunnah akan mengumpul seluruh dalil dari ketiga-tiga sumber di atas, kemudian menseleksi dengan memisahkan yang khas dan umum, yang nasikh dan mansukh serta berbagai lagi.

Kemudian baharulah Ahlus Sunnah menyimpulkan sesuatu perkara. Maka ia boleh digambarkan sebagai jami' wa mani'.

Sementara itu golongan yang tergelincir, maka mereka selalunya hanya akan menggunapakai HUJJAH DARI AL QUR'AN SAHAJA. Kemudian ayat Al Qur'an akan DITAFSIR MENGIKUT AQAL.

Jika mereka menggunakan hadits, ternyata hadits yang mendokong pemahaman mereka akan digunapakai tetapi hadits yang menyelisihi pemahaman mereka, akan disenyapkan atau akan cuba didhaifkan. Sepertinya mereka mengumpulkan seluruh hadits dan memisahkan kepada 2 kategori iaitu (1) yang menyokong pandangan mereka dan (2) yang berlawanan. Setelah itu maka mereka akan mengambil hadits yang menyokong mereka serta menolak dan melemahkan status hadits yang berlawanan dengan pemahaman mereka.

Paling menonjol, golongan sesat tidak akan menggunakan "Pemahaman sahabat dan salaf as soleh" dalam mentafsir al Qur'an dan as sunnah. Padahal Allah telah nyatakan bahawa pemahaman sahabat dalam memahami agama merupakan pemahaman yang diredhai dan pemahaman yang disuruh ikuti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment