Ramai orang tak faham,tak tahu bahkan malas nak tahu bahawa sesungguhnya kewajipan untuk bertuhankan Allah bukan hanya terbatas dalam ibadah shj.Maka,dgn seringkas mungkin saya cuba membawa pengertian kalimah agung لا إله إلا الله ini.Setiap orang yg mengucap dua kalimah syahadah أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله wajib meyakini:-
1-Tiada tuhan selain daripada Allah
Saya
meyakini bahawa hanya Allah sebagai tuhan.Oleh itu,sy menolak kewujudan
tuhan selainNya.Saya juga wajib mempercayai bahawa selain
Allah,semuanya ialah makhluk termasuklah
malaikat,syurga,neraka,dosa,pahala.
2-Tiada pencipta selain drpd Allah
Saya wajib meyakini bahawa setiap benda yg ada didunia ini ialah ciptaan Allah.Dalam surah Al-Furqan ayat 2,Allah berfirman,"Dan Dia menciptakan segala sesuatu,lalu menetapkan ukuran-ukurannya dgn tepat'.Saya
juga perlu yakin bahawa setiap mesin dan teknologi yg dicipta oleh
manusia hakikatnya ia datang drpd Allah.Dia memberi keupayaan utk
manusia berfikir dan hasil pemikiran itulah terhasilnya mesin-mesin.
3-Tiada Pemberi Rezeki selain drpd Allah
Wajib
bagi sy meyakini bahawa bukan Boss,bukan majikan dan bukan juga
pengarah syarikat yg memberi sy rezeki.Sebaliknya rezeki itu datangnya
drpd Allah.Ini bertepatan dgn firmanNya dalam surah Az-Zariyat ayat 58,"Sungguh Allah Dialah Pemberi Rezeki yg mempunyai kekuatan yg kukuh".Saya
juga tidak boleh putus asa atau kecewa jika dibuang pekerjaan dan
meyakini bahawa rezeki itu luas kerana firmannya dlm surah Al- A'raf
ayat 10,'Kami tempatkan kamu di bumi dan di sana kami sediakan sumber penghidupan utkmu'.
4-Tiada Pemilik selain Allah
Setiap
yg ada pada saya bukanlah milik saya,sebaliknya ia milik Allah.Saya
cuma meminjam dariNya.Firmannya dalam surah An-Nisa ayt 132,"Milik Allah lah apa yg ada dilangit dan dibumi."Jadi,saya tak boleh bongkak,sombong atau kedekut utk membantu org-org yg memerlukan bantuan.
5-Tiada Raja selain Allah
Saya meyakini bahawa Allah adalah sebenar-benar pemilik kerajaan,dunia dan juga akhirat.Firmannya dlm surah Ali Imran ayt 189,"Dan Milik Allah lah kerajaan langit dan bumi;dan Allah Maha Kuasa atas sesuatu".
6-Tiada Pembuat Hukum selain Allah
Saya wajib berhukum dgn hukum Allah.FirmanNya dalam surah Yunus ayat 40,'Keputusan itu hanyalah milik Allah'.Saya wajib mengikuti syariat kerana perintah Allah dalam surah Al-Jasiyah ayat 18,'Ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti keinginan org-org tak tahu'.Saya juga takut utk mengambil hukum selain yg ditetapkan oleh Allah kerana firmanNya dalam surah Al-Ahzab ayat 36,"Dan
tak pantas bagi laki mukmin dan perempuan mukmin,apabila Allah dan
Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan,akan ada pilihan yg lain bg
mereka tentang urusan mereka.Dan siapa yg derhaka kpd Allah dan
RasulNya,maka sungguh dia telah tersesat dgn kesesatan yg nyata"
7-Tiada Pemerintah selain Allah
Allah ialah sebenar-benar pemerintah.Maka ketaatan saya adalah mutlak untuk Nya.Firmannya dlm surah Al-A'raf ayat 54,"Ingatlah!Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya"
8-Tiada Pelindung selain Allah
Saya
wajib yakin bahawa pelindung saya bukanlah mak saya,abang,suami atau
polis.Tapi Allah lah sebenarnya pelindung saya.Firmannya dalam surah
Al-Baqarah ayat 257,'Allah
pelindung orang yg beriman.Dia mengeluarkan mereka drpd kegelapan kpd
cahaya(iman).Dan org-org yg kafir,pelindungya ialah syaitan."
9-Tiada Yang Lebih Ditakuti selain Allah
Saya
tak boleh takut kpd manusia,hantu atau takut mati kerana semuanya
adalah makhluk.Saya hanya boleh takut kpd Allah kerana firmanNya dalam
surah Al-Baqarah juga,ayat 40,'Dan takutlah kpd-Ku saja'.Saya
tak boleh takut utk menyuarakan kebenaran dan menentang sebarang bentuk
maksiat kpd Allah.Selain itu,sy berdoa dan berusaha utk menjadi
golongan yg disebut oleh Allah dlm surah At-Taubah ayat 18,'Sesungguhnya
org-org yg memakmurkan masjid Alla hanyalah org yg beriman kpd Allah
dan hari kemudian,melaksanakan solat,menunaikan zakat dan tidak takut (kpd apapun) kecuali Allah".
10-Tiada Yang Diharapkan selain Allah
Saya
tak boleh mengharap kpd makhluk kerana setiap makhluk juga berharap kpd
Allah sebenarnya.Jika dtg bantuan pun,itu dtg drpd Allah
juga!Sebaliknya saya wajib berharap hanya kpd Allah kerana firmanNya dlm
surah Asy-Syarh ayt 8,'dan hanya kpd Tuhanmu engkau berharap'
11-Tiada Yang Memberi Manfaat dan Mudharat selain Allah
Org
yg berniat jahat takkan dpt beri mudharat kpd saya melainkan dgn izin
Allah.Org berniat baik pun tak boleh bagi kebaikan kpd saya melainkan
diizikan Allah.FirmanNya dlm surah Al-An'am ayat 17,"Dan jika Allah menimpakan satu bencana kpdmu,tidak akan ada yg dpt menghilangkannya selainNya".
12-Tiada Yang Menghidupkan dan Mematikan selain Allah
Saya
boleh mati walaupun sedang muda dan sihat.Saya juga boleh tetap hidup
lama walaupun sudah terlantar bertahun-tahun sakit kanser.Saya boleh
mati jatuh kerusi,atau saya boleh hidup walaupun jatuh tingkat 30.Ajal
saya milik Allah.FirmanNya dalam surah Al-Mulk ayat 2,'Yang mencipatakan mati dan hidup,utk menguji kamu siapa yg paling baik amalannya'.Jadi saya perlu sentiasa mempersiapkan diri utk mati dgn menyediakan amal yg baik.
13-Tiada Yang Memakbulkan Doa selain Allah
Saya
wajib sentiasa berdoa kpd Allah bukan hanya semasa susah,tapi sepanjang
masa kerana firmanNya dlm surah al-baqarah ayat 186,"Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa pabila da berdoa kpd-Ku'
14-Tiada Daya dan Kekuatan selain Allah
Saya wajib meyakini bahawa Allah berkuasa atas segalanya.Ini dinyatakan dalam surah A-'An'am ayat 18,'Dan Dialah yg Maha Berkuasa dia atas hamba-hambaNya'.Allah
berkuasa ats hati saya!Oleh itu,saya akan sentiasa berusaha dan berdoa
supaya mati dlm keadaan berserah diri(muslim) hanya kpdNya
15-Tiada Tempat Meminta Pertolongan selain Allah
al fatihah ayat 5,'Hanya kpd-Mu kami sembah dan kpd-Mu kami mohon pertolongan'.Jika
ditimpa masalah,saya akan berdoa dan berusaha,seterusnya
bertawakkal.Saya taknak menjadi seperti org-org yg sesudah penat
mengalami kegagalan dalam usahanya,barulah dia nakmintak tolong drpd
Allah!Saya yakin,ujian yg ditimpakan kpd saya adalah utk menguji samada
saya akan mengetuk 'pintu' manusia atau 'pintu' Allah kerana akhirnya Allah juga yg akan tolong,melalui manusia itu.Rasanya banyak kelemahan dan kekurangan drpd perkongsian saya ni.Sebab saya dah janji nak tulis seringkas mungkinJadi saya harap jika pembaca sudi memperbetulkan atau menambah baikkan artikel ini dan dapat faham.Moga-moga kita beroleh manfaat.Selamat bermujahadah! dan Selamat beramal~ Pastikan kita tidak lagi bertuhankan wang,pangkat atau harta benda dan nafsu.

dan bertaqwalah kpd Allah dan cukuplah Allah sebagai pemelihara-Al Ahzab ayat 3
No comments:
Post a Comment