Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Thursday, May 31, 2012

20 Panduan Wanita Mencuri Hati Lelaki

Yang aku highlight itu aku setuju. Aku ambil dari sumber ;

Sumber Asal: 20 Panduan Wanita Mencuri Hati Lelaki (Lanjutan) | Panduan Menulis Blog | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
 
Salam semua.
Hari isnin kembali lagi. Hmmm saya masih lagi belum tamatkan entri tentang tips untuk mengorat lelaki. Ada beberapa lagi perkara dan petua yang boleh kita ikuti ...opsss kita? heh ... untuk wanita la.

Jadi apa lagi petua yang nak dikongsi ehh? Hmmm mari kita tengok. Tak semestinya semua ni leh diikut, sebab ada kala ia sesuai untuk wanita tertentu. Jadi, jangan fikir saya berikan ini buat semua; tetapi lebih kepada panduan am je ehh. Jadi, kalau fikir ada yang tak kena dengan citarasa dan pendapat anda, saya faham. 

  1. Jangan terlalu menunjukkan bahawa anda ini terlalu baik dan 'perfect'.
  2. Jangan perasan bahawa anda ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  3. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  4. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu anda titik beratkan.
  5. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  6. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  7. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.
  8. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
  9. Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah anda yang kemas.
  10. Jangan bersikap terlalu kuno.
  11. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  12. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  13. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.
  14. Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  15. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  16. Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  17. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  18. Berjaya di dalam apa jua bidang yang anda ceburi.
  19. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib anda di meja makan.
  20. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan anda!

No comments:

Post a Comment