Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Thursday, May 17, 2012

Pilihan JUS Untuk Penyakit Rheumatoid Arthritis

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA wrote:

Pilihan JUS Untuk Penyakit
Rheumatoid Arthritis

1. JUS Lobak

Bahan
200 gram lobak merah

Cara Penyediaan: Lobak merah dibersihkan dan dipotong kecil-keci. Kisarkan sehingga dapat menyediakan 1 gelas jus lobak merah.

Pesakit Rheumatoid Arthritis digalakkan mengamalkan jus ini 2 kali sehari di waktu pagi dan petang.

2. JUS Avokado

Bahan-Bahan -
100 gram avokado masak
Air atau air kacang soya secukupnya

Cara Penyediaan: Avokado dibersihkan, bijinya dibuang, isi buah dipotong dadu dan dikisar. Masukkan air atau air kacang soya sedikit demi sedikit, sewaktu buah avokado dikisar. Minum sehari sekali pada waktu siang atau malam.

3. JUS Betik

Bahan-Bahan
100 gram buah betik masak
Air

Cara Penyediaan: Buangkan kulit buah betik, bersihkan dan potong mengikut citarasa sendiri. Kisarkan bersama dengan air yang secukupnya. Minum sehari sekali pada waktu pagi atau petang.

4. JUS Tomato

Bahan
50 - 100 gram tomato

Cara Penyediaan: Bersihkan tomato sebelum dipotong dadu dan sterusnya kisar. Minum sekali sehari sahaja, 2 - 3 jam selepas makan. Sesuai diamalkan oleh pesakit yang kerap mengalami sakit pada bahagian perut.

5. JUS Seleri

Bahan-Bahan
3 – 4 batang daun seleri (anggaran 30 sentimeter)

Cara Penyediaan: Daun seleri dibersihkan, dipotong kecil, kemudian dikisar. Minum sekali sehari, 2 – 3 jam selepas makan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment