Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Sunday, May 20, 2012

Petua Tradisional Untuk Merawat Kembung Perut

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA wrote:

Petua Tradisional Untuk Merawat
Kembung Perut

Pilihan 1: Halia Muda - Ambil dalam 7 kerat rizom halia yang masih muda bersama dengan secekak daun teh. Rendam dalam secawan air panas selama 30 minit. Tapis dan minum.

Pilihan 2: Tapak Gajah - Ambil dalam 60 gram batang tapak gajah dan rebus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga air didihan tinggal 2 gelas. Apabila telah sejuk, tapis dan amalkan meminumnya dua kali sehari, iaitu segelas sekali minum.

Pilihan 3: Kemoyang - Ambil pucuk kemoyang dan tumbuk lumat. Hasilnya di pupuk pada perut.

Pilihan 4: Gelam - Ambil 9 gram daun gelam kering dan rebus dengan 2 gelas air sehingga menjadi segelas air. Tapis apabila telah sejuk dan minum setengah gelas pada waktu pagi dan setengah gelas lagi pada waktu petang.

Pilihan 5: Dani - Ambil buah dan biji dani. Rebus hingga mendidih. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Pilihan 6: Hati-hati Ungu - Ambil akar, daun atau batang pokok hati-hati ungu dan rebus dengan segelas air sehingga mendidih. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Pilihan 7: Setawar Kampung - Ambil 2 helai daun setawar kampung dan 1 inci rizom kunyit. Tumbuk lumat dan sapukan pada perut 1 atau 2 kali sehari.

Pilihan 8: Cekur Putih - Tumbuk lumat rizom cekur putih dan masukkan dalam segelas air masak bersama sedikit garam. Kacau rata, tapis dan minum.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment