Suka-suka tulis bukan mau nama..

Aku menulis bukan kerna nama...

Tuesday, May 1, 2012

Xde hudud maka zionist??? Apakah

Perbincangan di dalam FB 1 may 2012 12am;

MZ(status di fb)
Satu persoalan yg menarik utk kita pikirkan hari ni, DBKL kasi guna dataran, polis berbaris tepi jalan melihat sudah, kalau ada aktiviti yg pelik2 baru la bertindak, rasanya xde masalah, tapi sebab yg turun demo n rakyat biasa yg muak dgn Kerajaan , mmg la sengaja x kasi kerja sama, alasan suruh guna stadium tu sengaja diadakan , biasa la mmg tujuaan kerajaan BN mmg x nak kasi kemudahan kepada rakyat yg tak menyokong dia. DASAR ZIONIS

Amin Bahar
Sebenci2 mana pun, jangan la labelkn zionis. Kita sepatutnya doakn mereka yang kita benci, bukan bertindak begini. Islam itu indah saudara, gunalah cara yang sepatutnya. Maaf jika cara saya tidak betul, tapi saya rasa perlu.

MZ
betul saya setuju, tapi bila dah pakai APCO sebagai penasihat mereka, sedikit sebyk mempengaruhi tindakan mereka, ini pendapat saya, melabel mereka boleh membantu kita menolak mereka terus, adakan pemerintahan org islam , menidas org islam?hanya zionis je bersikap begitu, bagaimana dgn rejim basar asad?

Adib Haron
boleh lepas ke bro idea nie kalau masuk BTN?...haha

MZ
aku rasa belajo kat malaysia je la x yah la g btn

Amin Bahar
jadi kita doakan ya? InsyaAllah satu hari nnt the justice pasti akan memihak pada kita. We need a good leader. It's either we find one, or you be the one. But posting unjustified facts, and labelling insan segama, definitely won't solve the problem. It'll make things worse.

MZ
InsyaAllaH semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yg terlibat,

FG
Manusia yg menghina manusia lain seolah dia seorang tahu baca bismillah. Manusia ini terlalu menuding jari pada manusia lain yg juga rata2 orang islam mengucap dua kalimah syahadah. Manusia ini bercakap seolah dia terlalu maksum sehinggakan melupakan jasa yg pernahh dia terima. Apa jadi sekiranya manusia yg hanya tahu menyalak tanpa langsung melihat cermin ini menjadi pemimpin...? Kau mungkin ada anak. Aku harap kau akan merasa apa perasaan kau bila anak kau sendiri nanti yg menuding jarii tepat ke muka kau tanpa henti. Manusia yg x tahu bersyukur tetap akan mendapat peluang mengenal apa makna kesyukuran. Selamat berhidup saudara. Banyakkan lah berwuduk dan berjemaah di masjid2...selamat.

MZ
Ini bukan menghina ,Dasar Yahudi zionis mmg kejam, perbuatan mereka menyerupai dasar zionis, apa bezanya, takkan nak samakn dan dgn haiwan?

MZ
haiwan pun x membunuh sesama jenis diorg

Tasha Jamal
Kalau bapak merogol anaknya adakah sianak harus diam kerana mengenangkan jasa bapanya? Kurang ajarkah anak itu jika ia menuding jari tanpa henti kemuka bapa yg merogolnya?

FG
Kau keterlaluan seolah apa yg kau lihat terlalu benar. Sampai kau lupa melihat dari mata hati. Sampai kau terlupa beristiqamah seketika melihat segala dari pandangan hati. Sampai kau lupa hanya Allah swt yg maha mengetahui segala2nya. Jgn terlalu taksub menghina dan mengeji. Sebab ketaksuban tu boleh menyebabkan kehinaan dan kejian itu menempek kembali ke muka sendiri. Belajar bersyukur lah sikit, kau berjaya atas usaha kerajaan mana sebelum. Tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima. Tambahan golongan yg kau zioniskan itu juga mereka yg tahu mengucap dua kalimah syahadah, yg tahu sembahyang 5 waktu, yang tahu berpuasa di bulan ramadhan, yang ada di antara mereka yang sudah menunaikan haji dan mereka juga faham utk menunaikan zakat dan pastinya mereka tahu membaca al-fatihah dan ayat2 Al-Quran yang lain.

FG
Sekalipon dijaminkan syurga utk engkau, sudah cukup layakkah engkau menghina dan mengeji mereka sebagai zionis. Terjemahan Al-Quran, nas, dalil dalam bahasa melayu yg mudah difaham banyak terjual. Beli dan kenali siapa yg dilaknat Allah swt yg dikata zionist. Sebaiknya beristiqamah dan mengenal diri seketika sebelum terlalu lebih kau zionistkan hamba Allah swt yang lain... Pesanan utk aku juga.

MZ
Kita tak pernah menzionistkan hamba Allah, kalau Hamba Allah, dia tidak kan murka pada perintah Allah, Kita mengeji x hamba Allah, Kita menolak org yg mengaku Islam tetapi menafikan Perintah Allah itu shj


MZ
Kita tak pernah menzionistkan hamba Allah, kalau Hamba Allah, dia tidak kan murka pada perintah Allah, Kita mengeji x hamba Allah, Kita menolak org yg mengaku Islam tetapi menafikan Perintah Allah itu shj

FG
Rukun islam 5 perkara, rukun iman 6 perkara.
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Yang mana satu di antara rukun islam dan rukun iman yang kau tahu benar mereka yg juga muslim yang kau keji dan hina sebagai zionis itu menafikannya?...

Nabi SAW bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota, dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah, itulah hati."

Bila kau sampai hati memanggil muslim lain sbg zionist, sudah terlalu pastikah hati engkau itu seketul daging yg baik?...peringatan utk aku jugak.

*sekalipon kau menghina mereka sbg binatang, sekurang2nya binatang masih mempunyai tempat di syurga.

MZ
Mereka menolak rukun pertama, beriman kpd Allah, mereka menolak hudud, mereka menolak hadis2 nabi,

MZ
so nak ckp lagu mana lagi tuh

FG
Cerita penolakkan hudud x akan sudah kalau semata2 menyalahkan pihak zionist yg kau hina dan keji tu sahaja. Pemimpin kelantan yg terbukti secara zahir keislamannya dan antara ulamak dunia itu kenapa masih belum menghududkan undang2 negeri. Mulakan lah sekiranya hudud itu di antara rukun dan syarat wajib dlm rukun pertama untuk beriman kepada Allah. Adakah Nik Aziz juga tergolong dalam golongan mereka yang menolak rukun iman yang pertama?...

MZ
ni lagi propanganda bn, pergi study dulu baru citer

MZ
diorg dah nak laksana kan tapi terhalang dgn kerajaan persekutuan

MZ
mahathir menghalang kerajaan pas lak sana hudud, undang2 di bwh kuasa kerajaan pusat

FG
Kenapa boleh ada halangan sekiranya itu salah satu rukun dan sebab wajib utk rukun iman yang pertama?...

Kita berbincang dr awal dgn xde langsung menyentuh tentang parti. Hanya individu menjadi contoh. Maka, jgn dimasukkan propaganda mana2 parti. X kemana perbincangan. Perbincangan untuk diperjelas mana mungkin yg tidak seia dan sekata antara pendapat kita, maka berbincanglah.

FG
Ok. Aku check dulu nanti berkaitan undang2 negeri dan kerajaan pusat. Aku chow dulu cari info. Sambung later bila aku memahamkan diri tentang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Insyaallah.

Sebelum itu, berbalik kepada ayat kau "Mereka menolak rukun pertama, beriman kpd Allah, mereka menolak hudud, mereka menolak hadis2 nabi,"...maka apa yang dapat aku faham nik aziz juga tergolong dlm golongan yang kau hina dan keji atas sebab hukum hudud belum terlaksana, maka rukun iman nik aziz belum juga sempurna. Adakah begitu? Kesimpulan ini bertepatan dengan hujahan kau yang jelas lagi terang menyatakan mereka yang menolak hudud bermakna mereka menolak rukun pertama rukun iman, beriman kpd Allah yang menyebabkan mereka menolak hadis2 nabi. Hanya mungkin nik aziz kurang bersalah hanya kerana beliau hendak melaksanakan hukum hudud tetapi terhalang. Tetapi tetap kepada kesimpulan rukun iman pertama nik aziz belum cukup dipercayai. Jgn salahkan aku dgn kesimpulan ini kerana ayatnya jelas hanya dari engkau. Aku hanya sekadar memahamkan maksud ayat kau dan menyimpulkan secara persoalan adakah benar atau tidak...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment